Friday, February 25, 2011

25 FEBRUARI 2011 - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Program anjuran bersama Munirah Care dan Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol ini bermula seawal jam 8 pagi dengan pendaftaran dan taklimat kepada murid-murid akan perjalanan program yang berlangsung pada hari ini. Perarakan bermula pada jam 9 pagi bergerak dari dari dataran perhimpunan, terus ke jalan utama kemudian menuruni kawasan tanah berbatu ke padang sekolah. Murid-murid, ibu bapa dan guru berselawat beramai-ramai kemudian bergerak kembali dari padang sekolah ke dataran perhimpunan. Keadaan laluan perarakan yang berbatu dan mentari pagi yang terik antara lain sedikit sebanyak merasai kesusahan yang dialami Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam suatu masa dahulu. Bacaan selawat dilakukan bersama Cikgu Zuhaili b. Mohd Zin bergandingan dengan Cikgu Adam b. Ahmad, manakala semasa semua murid berada di dataran perhimpunan pula, Ustazah Norhayati turut sama mengalunkan bacaan selawat memuji kebesaran dan keagungan baginda SAW. Setelah acara perarakan tamat, semua murid beserta tetamu jemputan berkumpul di dewan bagi menonton persembahan murid, mendengar ceramah yang disampaikan oleh pihak Munirah Care, Kuiz dan penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung oleh Pihak Munirah Care. Majlis berakhir pada jam 11pagi dengan agihan makanan tengah hari dan kuih muih yang disumbangkan oleh pihak Munirah Care. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Munirah Care (Ustz. Ahmad b. Arun, Tn.Hj Termizi b. Ismail dll), Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol, (En. Aziz b. Ismail) pihak PPD Klang, orang perseorangan, AJK Pelaksana dan guru-guru serta semua yang dapat menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2011. Bersama kita meneruskan amalan terpuji yang disarankan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam Maulidur Rasul 2011, '1 Malaysia, 1 Ummah'.

Kain Rentang menyambut ketibaan ibu bapa, murid dan tetamu ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK (A) Bukit Kemandol anjuran bersama Munirah Care dan Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol

Murid-murid berkumpul mendengar taklimat awal perarakan

Murid Tahun 5 bersama sepanduk mereka

Murid Prasekolah Mutiara bersama sepanduk mereka

Murid-murid bersedia membawa sepanduk dan memulakan perarakan

Cik Nurhalimi bt Ismail, jurufoto rasmi bersama murid prasekolah

Murid berkumpul di padang bagi mengalunkan selawat
Murid-murid berkumpul kembali di daratan perhimpunan sekolah

Ustazah Nurhayati mengalunkan bacaan salawat bersama Cikgu Mohd Zin

Barisan ibu bapa dan murid memenuhi dewan bagi mengikuti program seterusnya.

Barisan tetamu kehormat, Pengusaha Kantin, Hj Mohd Sharip, Ustz. Mohd Arif (Penggerak Masyarakat JAKIM), Pegawai PPD Klang, Pengerusi Surau Al-Hidayah (En. Aziz b. Ismail), Guru Besar (En. Azmi Kamal b Mat Lazim), Penceramah dari Munirah Care dan Tn. Hj. Termizi b. Ismail (Pengerusi Munirah Care).

En, Sahruddin b Hail (GPK HEM) bersama barisan tetamu ibu bapa yang hadir

Pengerusi Majlis En. Mohd Afidzi b. Mohd Nor memulakan acara
Tn. Hj Termizi b. Ismail, Pengerusi Munirah Care menyampaikan ucapan
Guru Besar, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim menyampaikan ucapan alu-aluan

Pegawai dari PPD Klang memberikan sepatah dua kata

Penceramah jemputan dari Munirah Care bersama Penasihat Munirah Care, Ustaz Ahmad bin Arun

Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Seni Budaya dan Warisan SKBK

Ustazah Salinda bt Samsuddin menyampaikan soalan kuiz

Ibu bapa menjawab soalan kuiz yang diberikan

Penyampaian sumbangan oleh Munirah Care, Tn. Hj Termizi b. Ismail  kepada penduduk Islam Kg Bukit Kemandol

Adik Nurhisham antara murid yang menerima hadiah bagi menjawab soalan kuiz dengan betul, hadiah disampaikan oleh En. Aziz b. Ismail,pengerusi surau Al-Hidayah bersama Ustz Arif, penggerak masyarakat JAKIM

Cenderamata disampaikan kepada penceramah bebas oleh GPK Tadbir, En. Abdul Halim b. Ahmad

Makanan tengah hari dan kuih disediakan sebaik majlis tamat


No comments:

Post a Comment