Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
19 FEB 2010 - MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE - 15 SK(A) BUKIT KEMANDOL
Mesyuarat Agong PIBG kali ke 15 telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran ibu bapa yang agak memuaskan. Pada kali ini, Ahli Jawatankuasa di kalangan ibu bapa dan guru terdapat sedikit perubahan dengan adanya muka-muka baru yang mengisi beberapa jawatan di dalam Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2011/2012 dengan mengekalkan Naib Yang Dipertua PIBG iaitu En. Azis b. Abdullah. Sementara usul dan cadangan yang telah diutarakan pada kali ini antara mendapat perhatian adalah berkenaan kutipan yuran sekolah. Pihak sekolah telah menyuarakan kepentingan kutipan yuran bagi menampung perbelanjaan sekolah untuk aktiviti dan program pendidikan dan pengurusan sekolah. Usul dari ibu bapa pula antara lain memohon pihak sekolah menjalankan program motivasi untuk murid sekolah dari tahun 1 sehingga tahun 6. Mesyuarat sebulat suara akan mempertimbagan usul yang telah dibuat atas dasar persutujuan bersama antara ibu bapa dan guru. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi berakhir pada jam 1205pm. Untuk rekod, Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 15 telah dirasmikan oleh En. Azis b. Abdullah, Pengerusi PIBG sesi 2010/2011 dan hadir bersama En. Keling anak Dun, Pengerusi JKKK Kg Bukit Kemandol. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan tetamu kehormat serta AJK Pelaksana Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 15.
Pengacara Majlis, Cik Nurhalimi bt Ismail
En. Azmi Kamal b. Mat Lazim selaku Pengerusi PIBG
Yang Dipertua PIBG, En. Azis b. Abdullah menyampaikan ucapan
Persembahan Boria dari Kelab Seni Budaya dan Warisan SKBK
Penyampaian sijil Program Motivasi dan Sijil Tamat Persekolahan Murid Tahun 6
Barisan ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat PIBG kali ke 15
Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azmi Kamal b. Mat Lazim
No comments:
Post a Comment