Sunday, February 27, 2011

26 FEB 2011 - LADAP : HEADCOUNT & PATS

Latihan Dalaman adalah salah satu program yang dijalankan disekolah bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran terutamanya guru-guru di dalam proses pentadbiran dan pengurusan sekolah. Untuk itu, pihak sekolah di bawah Jawatankuasa Khas Unit Kurikulum (LADAP) atas tanggungjawab setiausahanya, En. Adam b Ahmad, telah menjalankan Kursus LADAP 1 - Headcount & Pats pada 26 Feb 2011 bertempat di Kelas Pemulihan Khas SK(A) Bukit Kemandol. Bagi memantapkan perjalanan program, pihak sekolah menjemput pengawai dari PPD Klang, En. Mohd Arif  untuk menerangkan secara lebih terperinci akan kegunaan sistem Headcount & Pats. Program yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 1200 tengah hari. Di harap, dengan kursus yang telah diberikan ini, mendedahkan guru-guru kepada cara kerja dan kemasukan data ke dalam sistem Headcount & Pats ini.


En. Mohd Arif, Pegawai dari PPD Klang menyampaikan taklimat

Sebahagian guru mendengar dgn teliti taklimat yang disampaikan

Paparan Sistem Headcount & Pats

Friday, February 25, 2011

25 FEBRUARI 2011 - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Program anjuran bersama Munirah Care dan Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol ini bermula seawal jam 8 pagi dengan pendaftaran dan taklimat kepada murid-murid akan perjalanan program yang berlangsung pada hari ini. Perarakan bermula pada jam 9 pagi bergerak dari dari dataran perhimpunan, terus ke jalan utama kemudian menuruni kawasan tanah berbatu ke padang sekolah. Murid-murid, ibu bapa dan guru berselawat beramai-ramai kemudian bergerak kembali dari padang sekolah ke dataran perhimpunan. Keadaan laluan perarakan yang berbatu dan mentari pagi yang terik antara lain sedikit sebanyak merasai kesusahan yang dialami Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam suatu masa dahulu. Bacaan selawat dilakukan bersama Cikgu Zuhaili b. Mohd Zin bergandingan dengan Cikgu Adam b. Ahmad, manakala semasa semua murid berada di dataran perhimpunan pula, Ustazah Norhayati turut sama mengalunkan bacaan selawat memuji kebesaran dan keagungan baginda SAW. Setelah acara perarakan tamat, semua murid beserta tetamu jemputan berkumpul di dewan bagi menonton persembahan murid, mendengar ceramah yang disampaikan oleh pihak Munirah Care, Kuiz dan penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung oleh Pihak Munirah Care. Majlis berakhir pada jam 11pagi dengan agihan makanan tengah hari dan kuih muih yang disumbangkan oleh pihak Munirah Care. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Munirah Care (Ustz. Ahmad b. Arun, Tn.Hj Termizi b. Ismail dll), Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol, (En. Aziz b. Ismail) pihak PPD Klang, orang perseorangan, AJK Pelaksana dan guru-guru serta semua yang dapat menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2011. Bersama kita meneruskan amalan terpuji yang disarankan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Salam Maulidur Rasul 2011, '1 Malaysia, 1 Ummah'.

Kain Rentang menyambut ketibaan ibu bapa, murid dan tetamu ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK (A) Bukit Kemandol anjuran bersama Munirah Care dan Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol

Murid-murid berkumpul mendengar taklimat awal perarakan

Murid Tahun 5 bersama sepanduk mereka

Murid Prasekolah Mutiara bersama sepanduk mereka

Murid-murid bersedia membawa sepanduk dan memulakan perarakan

Cik Nurhalimi bt Ismail, jurufoto rasmi bersama murid prasekolah

Murid berkumpul di padang bagi mengalunkan selawat
Murid-murid berkumpul kembali di daratan perhimpunan sekolah

Ustazah Nurhayati mengalunkan bacaan salawat bersama Cikgu Mohd Zin

Barisan ibu bapa dan murid memenuhi dewan bagi mengikuti program seterusnya.

Barisan tetamu kehormat, Pengusaha Kantin, Hj Mohd Sharip, Ustz. Mohd Arif (Penggerak Masyarakat JAKIM), Pegawai PPD Klang, Pengerusi Surau Al-Hidayah (En. Aziz b. Ismail), Guru Besar (En. Azmi Kamal b Mat Lazim), Penceramah dari Munirah Care dan Tn. Hj. Termizi b. Ismail (Pengerusi Munirah Care).

En, Sahruddin b Hail (GPK HEM) bersama barisan tetamu ibu bapa yang hadir

Pengerusi Majlis En. Mohd Afidzi b. Mohd Nor memulakan acara
Tn. Hj Termizi b. Ismail, Pengerusi Munirah Care menyampaikan ucapan
Guru Besar, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim menyampaikan ucapan alu-aluan

Pegawai dari PPD Klang memberikan sepatah dua kata

Penceramah jemputan dari Munirah Care bersama Penasihat Munirah Care, Ustaz Ahmad bin Arun

Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Seni Budaya dan Warisan SKBK

Ustazah Salinda bt Samsuddin menyampaikan soalan kuiz

Ibu bapa menjawab soalan kuiz yang diberikan

Penyampaian sumbangan oleh Munirah Care, Tn. Hj Termizi b. Ismail  kepada penduduk Islam Kg Bukit Kemandol

Adik Nurhisham antara murid yang menerima hadiah bagi menjawab soalan kuiz dengan betul, hadiah disampaikan oleh En. Aziz b. Ismail,pengerusi surau Al-Hidayah bersama Ustz Arif, penggerak masyarakat JAKIM

Cenderamata disampaikan kepada penceramah bebas oleh GPK Tadbir, En. Abdul Halim b. Ahmad

Makanan tengah hari dan kuih disediakan sebaik majlis tamat


Saturday, February 19, 2011

19 FEB 2010 - MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE - 15 SK(A) BUKIT KEMANDOL

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 15 telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran ibu bapa yang agak memuaskan. Pada kali ini, Ahli Jawatankuasa di kalangan ibu bapa dan guru terdapat sedikit perubahan dengan adanya muka-muka baru yang mengisi beberapa jawatan di dalam Jawatankuasa  PIBG bagi Sesi 2011/2012 dengan mengekalkan Naib Yang Dipertua PIBG iaitu En. Azis b. Abdullah. Sementara usul dan cadangan yang telah diutarakan pada kali ini antara mendapat perhatian adalah berkenaan kutipan yuran sekolah. Pihak sekolah telah menyuarakan kepentingan kutipan yuran bagi menampung perbelanjaan sekolah untuk aktiviti dan program pendidikan dan pengurusan sekolah. Usul dari ibu bapa pula antara lain memohon pihak sekolah menjalankan program motivasi untuk murid sekolah dari tahun 1 sehingga tahun 6. Mesyuarat sebulat suara akan mempertimbagan usul yang telah dibuat atas dasar persutujuan bersama antara ibu bapa dan guru. Majlis yang bermula pada jam 9 pagi berakhir pada jam 1205pm. Untuk rekod, Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 15 telah dirasmikan oleh En. Azis b. Abdullah, Pengerusi PIBG sesi 2010/2011 dan hadir bersama En. Keling anak Dun, Pengerusi JKKK Kg Bukit Kemandol. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan tetamu kehormat serta AJK Pelaksana Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 15.

Pengacara Majlis, Cik Nurhalimi bt Ismail

En. Azmi Kamal b. Mat Lazim selaku Pengerusi PIBG

Yang Dipertua PIBG, En. Azis b. Abdullah menyampaikan ucapan
Persembahan Boria dari Kelab Seni Budaya dan Warisan SKBK

Penyampaian sijil Program Motivasi dan Sijil Tamat Persekolahan Murid Tahun 6

Barisan ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat PIBG kali ke 15

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azmi Kamal b. Mat Lazim

Saturday, February 12, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 2011

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari kelahiran Nabi Muhammad adalah pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Mengambil kesempatan ini, pihak SK(A) Bukit Kemandol mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1432 H dan bersama memperingati sambutan ini dengan menghayati perjuangan yang telah dilakukan oleh Rasullullah dan mengambil ikhtibar serta melaksanakan ajaran Islam yang telah ditinggalkan oleh Baginda. ' 1 Malaysia, 1 Ummah'