Monday, July 22, 2013

MARHABAN YA RAMADAN

Ramadan,bulan yang penuh keberkatan. Mengisi bulan yang mulia ini, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah (BKGKS) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan beberapa program untuk murid-murid Islam, guru-guru, kakitangan sekolah dan juga pekerja kontrak. Bermula awal pagi sebelum masuk ke kelas, murid-murid Islam berkumpul di surau Nur Al-Azhar bagi program Inna Solati. Program yang dikendalikan oleh Ustaz Khairuman, Ustazah Nurhayati dan Ustazah Maslimah ini antara lain bertujuan mendidik murid-murid Islam cara solat yang betul. Manakala, aktiviti tadarus Al-Quran di adakan di kalangan guru, kakitangan dan pekerja kontrak sekolah dalam mendalami bacaan. Aktiviti ini dijalankan mengikut masa lapang guru bersama di dalam kumpulan dan akan disambung sebelum dan selepas solat Zohor berjemaah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas usaha semua pihak dalam menghidupkan bulan Ramadan ini dengan aktiviti yang bermanfaat ini. Semoga usaha ini akan berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan,tetapi juga di masa-masa akan datang,insha Allah.













No comments:

Post a Comment