Kemeriahan raya bukan sahaja disambut di sekolah sahaja malah dirasai sehingga rumah-rumah guru sekolah ini. Kembara bermula sebaik sahaja tamat hari persekolahan pada Sabtu, 8 September di mana kembara bermula ke Banting iaitu di rumah Pn. Mazlina. Seterusnya ke Sijangkang di rumah Ustazah Maslimah dan Pn. Norhaidah kemudian langsung ke Andalas iaitu rumah Cikgu Halim. Lewat petangnya, baraan ke Meru iaitu ke rumah Cikgu Ayob dan yang terakhir adalah rumah Cikgu Shahrezal. Hari kedua, Ahad 9 Sept, seawal jam 10 pagi,baraan sudah bertandang ke rumah Cikgu Natasha di Bandar Puteri, turut berkongsi di penempatan yang sama adalah di rumah Cikgu Yusri. Semoga usaha guru-guru yang menjayakan baraan ini dapat mengekalkan hubungan dan silaturrahim di kalangan warga kerja SKBK. Berikut sekitar gambar sekitar baraan yang dijalankan (gambar adalah daripada laman facebook:SK Bukit Kemandol).
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Monday, September 10, 2012
08 & 09 SEPTEMBER 2012 - GENG BARAAN HARI RAYA SKBK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment