Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sekali lagi buat tahun ke empat pada tahun ini akan menjalankan Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli, Penan & Pribumi atau ringkasnya KEDAP. Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian telah dijalankan di Dewan Gemilang, SK (A) Bukit Kemandol oleh Tuan Haji Mahmud b. Karim, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Turut hadir pada majlis perasmian adalalah Tn Hj Ahmad Isa Tan Sri Dato Hassan (Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor), En. Norriffin b. Mohd Ali (Pegawai PPD Klang), En. Azis b. Abdullah (YDP PIBG) dan En. Keling Anak Dun (JKKK Taman Desa Kemandol). Antara acara yang dijalankan adalah penyampaian fail kepada peserta KEDAP yang telah disenarai serta tontonan video pelaksanaan program KEDAP tahun 2011. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan dan hadirin yang hadir bagi menyerikan majlis yang telah dijalankan ini.
|
Pn. Maslimah dan Cik Baizura menunggu di meja pendaftaran |
|
Ibu bapa dan murid memenuhi Dewan Gemilang |
|
En. Abdul Halim selaku Naib Pengerusi KEDAP menyampaikan ucapan |
|
Barisan tetamu VIP,dari kiri, Tn. Hj. Ahmad Isa, En. Azmi Kamal, Tn. Hj. Mahmud, En. Norriffin dan En. Keling |
|
Cik Norhayati bt Tusiren selaku Pengacara Majlis |
|
Barisan guru turut mengambil tempat |
|
Tn. Hj. Mahmud b. Karim, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor menyampaikan ucapan |
|
Sesi penyampaian sijil kepada peserta KEDAP |
|
Cendermata diberikan kepada En. Norriffin selaku wakil dari PPD Klang |
|
Tn. Haji Ahmad Isa menerima cenderamata dari En. Azmi Kamal |
No comments:
Post a Comment