Tuesday, March 13, 2012

03 MAC 2012 - PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Bertemakan '1 Rumah 1 Pokok', Program Gotong Royong Perdana telah di adakan di SK(A) Bukit Kemandol. Program ini antara lain bertujuan mengindahkan persekitaran sekolah dengan penanaman pelbagai jenis pohon hiasan, pokok bunga dan juga pohon buah-buahan. Selain daripada penanaman pokok,antara persekitaran sekolah yang dibersihkan adalah di dalam Pusat Sumber sekolah, siar kaki, bilik guru dan juga bilik-bilik khas. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan pelbagai pokok daripada penduduk Taman Desa Kemandol dan mereka yang sudi hadir bagi menjayakan program pada hari tersebut.

Taklimat disampaikan oleh En. Shahrezal

Sebahagian murid dan penduduk mengemas Pusat Sumber

Pokok-pokok di tanam disekitar kawasan sekolah

No comments:

Post a Comment