Menutup tirai takwim tahunan SKBK, seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Majlis Kecemerlangan di adakan bagi meraikan murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang tahun.Majlis yang turut dihadiri ibu bapa ini dan peserta Kelas Dewasa telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan Ambank Banting. Hadir sama, YDP PIBG En. Azis b Abdullah dan juga Pengerusi JKKK Taman Desa Kemandol, En. Keling Anak Dun. Antara tentatif pada hari tersebut adalah Penyampaian Sijil Penghargaan ;
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Anugerah NILAM,Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Sekolah Rendah, Anugerah Akademik Cemerlang Murid Tahun 1 – 6,
Anugerah Mata Pelajaran Utama Terbaik Tahap 1 & 2 , Anugerah ‘Zero to Hero’ Murid LINUS ke Perdana, Anugerah HEM, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, Anugerah Tokoh Pelajar dan Anugerah Keluarga Contoh. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dan terima kasih di atas semua tetamu yang hadir dalam menjayakan majlis ini. Selamat bercuti dan teruskan mengekalkan kecemerlangan untuk tahun-tahun akan datang.
|
Murid-murid dan ibu bapa memenuhi dewan.
|
|
Suasana di dalam Dewan Gemilang SKBK. |
|
Hadiah dan cenderamata disusun rapi di atas meja. |
|
Hadirin memberi tumpuan semasa majlis berlangsung. |
|
Peserta Kedap yang hadir memeriahkan majlis |
|
Antara ibu bapa yang hadir |
|
Ibu bapa yang hadir meraikan kejayaan anak-anak. |
|
Ibu bapa mendengar dengan penuh perhatian |
|
En. Mohd Azrin selaku pengacara majlis |
|
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan |
|
Suasana di dalam Dewan Gemilang |
|
Hadirin mendengar ucapan yang disampaikan Tuan Guru Besar |
|
Pengerusi YDP PIBG menyampaikan ucapan |
|
Pengerusi Ambank Cawangan Banting menyampaikan ucapan |
|
Persembahan murid Tahun 2 |
|
Persembahan Murid Tahun 1 |
|
Persembahan Murid Pra-sekolah |
|
Murid-murid yang menerima Anugerah bergambar bersama |