Tuesday, May 31, 2011

27 MEI 2011 - MAJLIS PERPISAHAN GPK KOKO, EN MOHAMAD AYOB B AHMAD

Hujan mencurah di pagi hari membasai bumi Bukit Kemandol seolah-olah meratapi kesedihan akan perpindahan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohamad Ayob b. Ahmad. Majlis serba ringkas namun bermakna telah dijalankan di Dewan Cemerlang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti beliau di atas sumbangan di SK (A) Bukit Kemandol sepanjang dua tahun berkhidmat di sekolah ini. Sesungguhnya segala jasa dan budi yang dicurahkan itu, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kami mendoakan agar En. Mohamad Ayob sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik dan meneruskan sisa-sisa perjuangan selagi hayat di kandung badan. Berikut adalah suasana sepanjang Majlis Perpisahan yang dijalankan.
Dari kiri, En. Azmi Kamal, En. Mohd. Ayob, En. Azis dan En. Kamaruddin

En. Mohd. Afidzi selaku pengacara majlis

En. Mohd. Ayob menyampaikan ucapan

Adik Denny Wan Zamri menyampaikan hadiah wakil murid Tahun 1

Pn. Jamaliah mewakili Unit Pentadbiran menyampaikan hadiah

Cikgu Maslimah mewakili Pra-Sekolah
En. Kamaruddin, AJK PIBG menyampaikan hadiah.

Adik Zulhafizal menyampaikan hadiah mewakili Cikgu Baizura.

YDP PIBG En. Azis Abdullah menyampaikan hadiah.


Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan hadiah

En. Abdul Halim menyampaikan hadiah mewakili Kelab Guru

Cenderamata Kenangan dari guru-guru SK(A) Bukit Kemandol

Persembahan Murid

Cikgu Ayob bersama murid-murid

Salam perpisahan

Salam perpisahan

Salam perpisahan antara Cikgu Ayob dan Guru-guru

Jamuan ringkas

Guru-guru mengambil hidangan

No comments:

Post a Comment