Saturday, January 1, 2011

01 JANUARI 2011 - GOTONG-ROYONG PIBG SKBK

Membuka lembaran tahun 2011 dan bersempena cuti tahun baru ini, Persatuan Ibu Bapa & Guru SK(A) Bukit Kemandol telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi menceriakan kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat koridor sekolah, mengecat dan membersihkan kelas tahun 1, 2 dan Bilik BBM yang baru, ruang dalaman bangunan pejabat, pusat sumber, bilik BOSS,memasang kekisi dan mangga pada pintu pagar utama sekolah. Program yang bermula jam 800 pagi dan berakhir pada jam 100pm ini dihadiri oleh Tuan Guru Besar, En, Azmi Kamal, Cikgu Ayob, Cikgu Zain, Cikgu Halim, Ustazah Salinda, Cikgu Norbaizura, Cikgu Adam, Cikgu Rizal,Cikgu Kamil serta barisan AJK PIBG, En. Aziz (Pengerusi) dan belia, Pn. Norma, Pn. Nasah, Pn. Ima dan suami, En. Apok, Pn. Hidayah dan Pn. Shafinaz. Pihak sekolah mengucap ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa dan menjalankan tanggungjawab sepertimana yang dipersetujui bersama di dalam mesyuarat baru-baru ini. Semangat seperti ini yang amat digalakkan bagi mengeratkan hubungan di antara pihak sekolah dan kalangan ibu bapa. Semoga tahun baru ini bukan sahaja menceriakan suasana persekitaran sekolah, tetapi juga kepada hubungan baik ahli PIBG.

Pn.Hidayah dan Pn. Shafinaz mengecat siling Pusat Sumber

Pn. Ima mengecat laluan dinding koridor

Cikgu Zain dan En. Apok membentangkan tikar getah di bilik BBM

En. Haila mendongak mengecat siling..penat oooo...

En. Azis mengecat pintu dengan warna maroon


Pn. Nasah mengecat sisi atas koridor...silau dek mentari tengah hari...

Cikgu Baizura dan ibu, Pn. Norma mengecat bilik darjah tahun 1

En. Azis dan belia bersama mengecal kekisi bangunan utama

Pn. Norhidayah, Pn. Shafinaz dan Pn. Ima mengecat kelas darjah 1
Anak-anak turut membantu ibu mengecat dinding

No comments:

Post a Comment