Maaf Baizura..pic ko aku xde...heheh |
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Wednesday, September 8, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010!
'Berlalu la sudah Ramadhan, sebulan berpuasa, tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira...' itulah antara bait lagu yang dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Elyana (zaman depa kecik-kecik dulu) bersempena menyambut hari raya. Kami warga kerja SK (Asli) Bukit Kemandol dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri, mohon maaf zahir & batin kepada semua sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kami mengatur program dan aktiviti di sekolah ini. Sambutlah dengan keinsafan, raikan dengan keriangan dan sentiasalah di ingatan akan keselamatan sepanjang musim perayaan ini. Pada yang memandu pulang ke kampung halaman, sentiasa berwaspada di jalanan, ingat yang tersayang, yang menanti dengan penuh harapan, agar dapat menyambut lebaran ini dengan penuh bermakan. Cikgu-cikgu, jangan lupa sekolah buka 17hb nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment