Anjuran: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING HAL EHWAL MURID
Penyelaras : En. Azren Bin Jaberi
Penglibatan : Pengawas sekolah, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas & Pengawas Pusat Sumber
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Wednesday, February 19, 2014
Tuesday, February 11, 2014
07 FEBRUARI 2014 - MAJLIS PERPISAHAN EN.YUSRI & EN. MOHD AFIDZI BERSAMA PENDUDUK TAMAN DESA KEMANDOL
Bertempat di Dewan Komuniti Taman Desa Kemandol, telah diadakan Majlis Perpisahan En. Yusri dan En. Mohd Afidzi yang telah berpindah ke sekolah lain. En. Yusri telah bertugas selama 23 tahun di sekolah ini manakala En. Afidzi pula selama 8 tahun. Majlis perpisahan ini atas permintaan penduduk kampung yang ingin melihat mereka dan berjumpa buat kali terakhir serta memberikan cenderamata sebagai tanda ingatan kepada mereka berdua. Majlis turut dihadiri YDP PIBG En. Azis dan juga En. Keling Anak Dun (Pengerusi JKKKP). Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh murid dan juga guru. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang mereka berkhidmat di sekolah ini. Semoga terus menyambung bakti dan mengharumkan nama sekolah ini walau dimana anda berada. Salam perpisahan, semoga berjumpa lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)