Thursday, April 4, 2013

02 APRIL 2014 - PERASMIAN KEM SERLAH BACAAN, PROGRAM 'BERSAMAMU..' & KEDAP TAHUN 2013

Pelaksanaan program-program akademik merupakan satu usaha yang murni bagi meningkatkan prestasi murid-murid. Sehubungan dengan itu, Panitia Pemulihan Khas PPD Klang dengan kerjasama pihak sekolah telah menjalankan Kem Serlah Bacaan bagi membantu murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca bemula 02 April hingga 04 April 2013. Pada masa yang sama juga, Program 'Bersamamu..' turut dijalankan serentak yang merupakan program bimbingan guru-guru cemerlang bersama murid Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR. Khusus untuk ibu bapa pula,Program KEDAP turut dirasmikan bagi menandakan bermulanya kelas dewasa tidak lama lagi. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, PPD Klang & juga JAKOA Negeri Selangor kerana memilih SK (A) Bukit Kemandol dan  banyak membantu dalam menjalankan program-program akademik di sekolah ini. Semoga program-program seperti ini akan berterusan untuk masa-masa akan datang. Terima kasih kami ucapkan.