Wednesday, August 31, 2011

30 & 31 OGOS 2011 - SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 54

Bersempena perayaan berkembar yang di sambut pada 30 & 31 Ogos 2011, warga SK (A) Bukit Kemandol mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri dan Selamat Hari Merdeka yang ke - 54. Bersama-sama kita menyambut perayaan ini dengan penuh keriangan dan penuh keharmonian dan sentiasa menjaga keselamatan diri walau di mana kita berada. Selamat bercuti dan berjumpa kembali pada 5hb Sepetember nanti, ampun maaf dipinta, maafkan salah silap segala,moga hidup kita sentiasa ceria, aman dan sentosa.

Friday, August 26, 2011

26 OGOS 2011 - MAJLIS SUMBANGAN DUIT RAYA

Bertempat di Dewan Cemerlang SKBK juga pada hari ini, berlangsung Majlis Sumbangan Duit Raya daripada pihak sekolah (melalui kutipan daripada guru-guru) kepada semua murid yang hadir pada hari ini. Majlis yang diacarakan oleh Cikgu Fidzi dimulakan dengan ucapan guru-guru diikuti ucapan wakil murid. Seterusnya acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang 'The Biggest Loser SKBK Edition' dan diakhiri dengan sesi bermaafan dan penyampaian sumbangan duit raya kepada murid-murid. Salam Hari Raya kepada semua guru-guru, kakitangan dan murid-murid SKBK, jaga keselamatan diri sepanjang cuti ini dan pohon kemaafan sekiranya ada silap dan salah. SELAMAT BERCUTI, SALAM MERDERKA & SALAM LEBARAN 2011!
Suasana Dewan yang dipenuhi murid-murid
Cikgu Fizi selaku pengacara majlis
Barisan guru-guru mengambil tempat masing-masing
Pn. Maslimah menyampaikan ucapan

Cikgu Yusri mengambil giliran memberikan ucapan

Tidak lupa Cikgu Adam memberikan ucapan
En. Abdul Halim menyampaikan ucapan

Guru Besar, En. Azmi Kamal memberikan sepatah dua kata ucapan
3rd Biggest Loser _ CIkgu Fizi

2nd Biggest Loser - CIkgu Adam

Winner of The Biggest Loser SKBK Edition - Cikgu Nurhalimi
Duit Raya diedarkan kepada murid-murid

Murid-murid beratur sambil memohon kemaafan dari guru-guru

26 OGOS 2011 - MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL SEMPENA UPSR

Berlangsung di Dewan Cemerlang SKBK pada awal pagi dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena UPSR yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam kelolaan Pn. Salinda bt Samsuddin. Bacaan yang dimulakan oleh GPK Tadbir, En. Abdul Halim b Ahmad turut disertai oleg semua guru lelaki dan guru perempuan serta murid-murid yang beragama Islam. Majlis diadakan adalah bertujuan membantu murid-murid Tahun 6 UPSR agar dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh kejayaan, InsyaAllah. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan anak-anak didik kita, amin.
Suasana Dewan Cemerlang
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan alu-aluan
Kelompok guru lelaki
Barisan guru-guru perempuan yang turut serta
Membaca Yasin dengan penuh khusyuk dan tawadduk..

26 OGOS 2011 - THE BIGGEST LOSER SKBK EDITION FINALE

Timbangan kedua telah dijalankan pada hari ini bagi menentukan siapakan yang mengalami pengurangan berat badan paling ketara sepanjang bulan Ramadan. Timbangan pertama telah diambil pada 05 Ogos yang lalu dan berdasarkan peratusan penurunan berat badan yang paling ketara akan menerima hadiah sumbangan Cikgu Zin. Keputusan bagi 'The Biggest Loser SKBK Edition' jatuh kepada Cikgu Nurhalimi Ismail dengan penurunan berat badan sebanyak 5 kg diikuti Cikgu Adam di tempat kedua dan Cikgu Fidzi di tempat ketiga. Aktiviti sebigini sebenarnya memberi dorongan kepada guru-guru di SKBK untuk menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang bulan puasa dan mengekalkan berat badan unggul. Terima kasih diucapkan kepada penganjur program 'The Biggest Loser SKBK Edition' dan diharap diteruskan lagi di masa akan datang.
Cikgu Fizi bersedia di atas timbangan sambil diperhatikan bacaan oleh cikgu Adam

Cuba tka,ini kaki cikgu siapa? heheh

Keputusan belum rasmi dicatit bagi menentukan pemenang The Biggest Lose SKBK Edition

Sunday, August 14, 2011

12 OGOS 2011 - MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 2011

Pihak sekolah bersama Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol bersama-sama menganjurkan Majlis Sambutan Ihya Ramadhan bagi tahun 2011. Bertempat di Dewan Cemerlang yang dijadikan ruang untuk penyampaian tazkirah dan majlis berbuka puasa serta solat maghrib, isyak dan terawih secara berjamaah. Penduduk kampung bersama-sama tetamu jemputan yang hadir telah dihidangkan dengan menu nasi ayam bersama-sama kuih-muih yang dibawa oleh guru-guru serta kek yang disumbangkan oleh pegawai-pegawai dari PPD Klang. Pihak sekolah dan Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi meraikan majlis yang telah diadakan sempena bulan Ramadhan ini.
Cikgu Afidzi yang bertugas di kaunter pendaftaran mengagihkan kurma dan air mineral kepada tetamu yang hadir
Suasan dewan di mana program berlangsung
Penceramah, Ustaz Mazlan menyampaikan tazkirah
Hadirin-hadirat yang hadir mendengar tazkirah
Majlis berbuka dengan kurma dan air sebelum mendirikan solat magrib
Guru-guru menikmati hidangan berbuka
Tetamu Jemputan terdiri daripada Pegawai PPD Klang, Pengerusi Surau, En. Aziz Ismail bersama Tuan guru Besar, En. Azmi Kamal menikmati hidangan berbuka puasa
Suasan sekitar berbuka puasa di Makmal Sains
Suasana di kelas tahun 1 menempatkan hidangan berbuka bagi ibu bapa yang hadir
Cikgu Nor Hayati membahagikan hidangan moreh, bubur kacang
Majlis turut meraikan Hari Lahir Cikgu Adam dan perpisahan dengan Pembantu Pra, Ain Izzati,upss, tidak ketinggalan,jurukamera kita yang membuat gaya'v', Cik Nur Halimi Ismail
En. Azmi Kamal menyampaikan cenderamata kepada Ain di atas jasa dan sumbangan sepanjang bertugas di sekolah ini.
Turut memberikan sumbangan, Pn. Maslimah mewakili pra-sekolah

Tuesday, August 9, 2011

09 OGOS 2011 - KELAS TARIAN PESERTA KELAS DEWASA KEDAP

Proses pembelajaran dan pengajaran bukan setakat terhad kepada di dalam bilik darjah yang bersifat formal membabitkan mata pelajaran seperti Bahasa dan Matematik sahaja,tetapi penerapan unsur-unsur kebudayaan dan kesenian juga penting. Untuk itu, pada 09 Ogos 2011, peserta Kelas Dewasa (KEDAP) telah diberi pendedahan kepada kesenian tarian Melayu iaitu Joget sebagai satu kemahiran yang boleh dipelajari. Kelas tarian telah dibimbing oleh Cikgu Yusri yang amat sinonim dengan rentak tari tradisional dan banyak menjalankan persembahan peringkat sekolah dan luar. Berikut adalah beberapa 'scene' yang sempat dirakamkan.
Cikgu Yusri memberikan sedikit penerangan ringkas berkenaan kebudayan seni tari
Peserta di susun bagi memudahkan perjalanan gerak tari

Peserta-peserta mengikut rentak dan gaya jurutari, Cikgu Yusri
Itu dia aksi mengepang telah ditunjukkan peserta-peserta tarian

Sunday, August 7, 2011

05 OGOS 2011 - OPS KATAKAN TIDAK PADA KUTU!

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menjalankan operasi Ops Katakan Tidak pada Kutu yang bertujuan memastikan murid-murid bebas dari masalah kutu pada rambut. Semasa operasi dijalankan, beberapa murid yang telah dikenalpasti (diperiksa kutu pada kepala) telah ditahan untuk tujuan pembersihan rambut menggunakan ubat kutu. Proses melumurkan ubat kutu pada murid telah dilakukan oleh Cikgu Siti Natasha, Cikgu Baizura, Cikgu Kamil dan Cikgu Hayati. Manakala proses menyikat kutu pada rambut pula dilakukan oleh Cikgu Mohd Zin dan Cikgu Yusri. Cikgu Zuhaili pula terlibat dengan memotong rambut murid yang berambut panjang dan berkutu. Selaras dengan Sambutan Bulan Kecergasan baru-baru ini, Operasi Katakan Tidak pada Kutu ini diharap dapat meningkatkan kesedaran murid menjaga penjagaan diri yang bukan sahaja kepada pakaian dan penampilan, tetapi juga pada rambut.

Murid-murid yang telah dikenalpasti dikumpulkan untuk diberikan ubat kutu
Cikgu Norhayati menyelak rambut murid mencari kutu
Cikgu Zin menyikat rambut seorang murid bagi membuang kutu
Cikgu Baizura melumurkan ubat kutu pada rambut murid
Cikgu Zuhaili memotong rambut murid lelaki yang berkutu
Cikgu Siti Natasha dan Cikgu Hayati melumurkan ubat kutu pada rambut murid
Itu dia..kelihatan telur kutu dan kutu-kutu berkeliaran dengan banyak sekali..ada berani?
Cikgu Adam menggunting rambut murid yang panjang

Tuesday, August 2, 2011

02 JULAI 2011 - ANUGERAH MINGGUAN MURID PALING BERSIH & KEMAS

Unit Hal Ehwal Murid di bawah Pn. Natasha melancarkan pencarian murid paling bersih dan kemas setiap minggu bermula pada minggu lepas. Pada setiap minggu, murid yang mengekalkan kebersihan diri (rambut, kuku,muka) dan kekemasan (rambut, pakaian dan kasut) akan dianugaerahkan murid paling bersih dan kemas. Murid yang menerima anugerah ini terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Pada minggu lepas, dua orang murid yang dikenalpasti dan memenangi anugerah murid paling bersih dan kemas adalah adik Muhammad Yani b. Abdullah dan Adik Natasha bt Dali. Bagi menyempurnakan anugerah, guru bertugas pada minggu ini iaitu Cik Nur Halimi telah menyampaikan hadiah kepada dua orang murid tersebut. Tahniah diucapkan.
Cikgu Halimi menyampaikan hadiah kepada adik Muhd. Yani, diiringi Pn. Natasha
Adik Natasha Dali menerima hadiah daripada Cikgu Norhalimi sambil diperhatikan Pn. Natasha