Bersempena perayaan berkembar yang di sambut pada 30 & 31 Ogos 2011, warga SK (A) Bukit Kemandol mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri dan Selamat Hari Merdeka yang ke - 54. Bersama-sama kita menyambut perayaan ini dengan penuh keriangan dan penuh keharmonian dan sentiasa menjaga keselamatan diri walau di mana kita berada. Selamat bercuti dan berjumpa kembali pada 5hb Sepetember nanti, ampun maaf dipinta, maafkan salah silap segala,moga hidup kita sentiasa ceria, aman dan sentosa.
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Wednesday, August 31, 2011
30 & 31 OGOS 2011 - SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 54
Friday, August 26, 2011
26 OGOS 2011 - MAJLIS SUMBANGAN DUIT RAYA
Bertempat di Dewan Cemerlang SKBK juga pada hari ini, berlangsung Majlis Sumbangan Duit Raya daripada pihak sekolah (melalui kutipan daripada guru-guru) kepada semua murid yang hadir pada hari ini. Majlis yang diacarakan oleh Cikgu Fidzi dimulakan dengan ucapan guru-guru diikuti ucapan wakil murid. Seterusnya acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang 'The Biggest Loser SKBK Edition' dan diakhiri dengan sesi bermaafan dan penyampaian sumbangan duit raya kepada murid-murid. Salam Hari Raya kepada semua guru-guru, kakitangan dan murid-murid SKBK, jaga keselamatan diri sepanjang cuti ini dan pohon kemaafan sekiranya ada silap dan salah. SELAMAT BERCUTI, SALAM MERDERKA & SALAM LEBARAN 2011!
Suasana Dewan yang dipenuhi murid-murid |
Cikgu Fizi selaku pengacara majlis |
Barisan guru-guru mengambil tempat masing-masing |
Pn. Maslimah menyampaikan ucapan |
Cikgu Yusri mengambil giliran memberikan ucapan |
Tidak lupa Cikgu Adam memberikan ucapan |
En. Abdul Halim menyampaikan ucapan |
Guru Besar, En. Azmi Kamal memberikan sepatah dua kata ucapan |
3rd Biggest Loser _ CIkgu Fizi |
2nd Biggest Loser - CIkgu Adam |
Winner of The Biggest Loser SKBK Edition - Cikgu Nurhalimi |
Duit Raya diedarkan kepada murid-murid |
Murid-murid beratur sambil memohon kemaafan dari guru-guru |
26 OGOS 2011 - MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL SEMPENA UPSR
Berlangsung di Dewan Cemerlang SKBK pada awal pagi dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena UPSR yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam kelolaan Pn. Salinda bt Samsuddin. Bacaan yang dimulakan oleh GPK Tadbir, En. Abdul Halim b Ahmad turut disertai oleg semua guru lelaki dan guru perempuan serta murid-murid yang beragama Islam. Majlis diadakan adalah bertujuan membantu murid-murid Tahun 6 UPSR agar dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh kejayaan, InsyaAllah. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan anak-anak didik kita, amin.
Suasana Dewan Cemerlang |
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan alu-aluan |
Kelompok guru lelaki |
Barisan guru-guru perempuan yang turut serta |
Membaca Yasin dengan penuh khusyuk dan tawadduk.. |
26 OGOS 2011 - THE BIGGEST LOSER SKBK EDITION FINALE
Timbangan kedua telah dijalankan pada hari ini bagi menentukan siapakan yang mengalami pengurangan berat badan paling ketara sepanjang bulan Ramadan. Timbangan pertama telah diambil pada 05 Ogos yang lalu dan berdasarkan peratusan penurunan berat badan yang paling ketara akan menerima hadiah sumbangan Cikgu Zin. Keputusan bagi 'The Biggest Loser SKBK Edition' jatuh kepada Cikgu Nurhalimi Ismail dengan penurunan berat badan sebanyak 5 kg diikuti Cikgu Adam di tempat kedua dan Cikgu Fidzi di tempat ketiga. Aktiviti sebigini sebenarnya memberi dorongan kepada guru-guru di SKBK untuk menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang bulan puasa dan mengekalkan berat badan unggul. Terima kasih diucapkan kepada penganjur program 'The Biggest Loser SKBK Edition' dan diharap diteruskan lagi di masa akan datang.
Cikgu Fizi bersedia di atas timbangan sambil diperhatikan bacaan oleh cikgu Adam |
Cuba tka,ini kaki cikgu siapa? heheh |
Keputusan belum rasmi dicatit bagi menentukan pemenang The Biggest Lose SKBK Edition |
Sunday, August 14, 2011
12 OGOS 2011 - MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 2011
Pihak sekolah bersama Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol bersama-sama menganjurkan Majlis Sambutan Ihya Ramadhan bagi tahun 2011. Bertempat di Dewan Cemerlang yang dijadikan ruang untuk penyampaian tazkirah dan majlis berbuka puasa serta solat maghrib, isyak dan terawih secara berjamaah. Penduduk kampung bersama-sama tetamu jemputan yang hadir telah dihidangkan dengan menu nasi ayam bersama-sama kuih-muih yang dibawa oleh guru-guru serta kek yang disumbangkan oleh pegawai-pegawai dari PPD Klang. Pihak sekolah dan Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi meraikan majlis yang telah diadakan sempena bulan Ramadhan ini.
Cikgu Afidzi yang bertugas di kaunter pendaftaran mengagihkan kurma dan air mineral kepada tetamu yang hadir |
Suasan dewan di mana program berlangsung |
Penceramah, Ustaz Mazlan menyampaikan tazkirah |
Hadirin-hadirat yang hadir mendengar tazkirah |
Majlis berbuka dengan kurma dan air sebelum mendirikan solat magrib |
Guru-guru menikmati hidangan berbuka |
Tetamu Jemputan terdiri daripada Pegawai PPD Klang, Pengerusi Surau, En. Aziz Ismail bersama Tuan guru Besar, En. Azmi Kamal menikmati hidangan berbuka puasa |
Suasan sekitar berbuka puasa di Makmal Sains |
Suasana di kelas tahun 1 menempatkan hidangan berbuka bagi ibu bapa yang hadir |
Cikgu Nor Hayati membahagikan hidangan moreh, bubur kacang |
Majlis turut meraikan Hari Lahir Cikgu Adam dan perpisahan dengan Pembantu Pra, Ain Izzati,upss, tidak ketinggalan,jurukamera kita yang membuat gaya'v', Cik Nur Halimi Ismail |
En. Azmi Kamal menyampaikan cenderamata kepada Ain di atas jasa dan sumbangan sepanjang bertugas di sekolah ini. |
Turut memberikan sumbangan, Pn. Maslimah mewakili pra-sekolah |
Tuesday, August 9, 2011
09 OGOS 2011 - KELAS TARIAN PESERTA KELAS DEWASA KEDAP
Proses pembelajaran dan pengajaran bukan setakat terhad kepada di dalam bilik darjah yang bersifat formal membabitkan mata pelajaran seperti Bahasa dan Matematik sahaja,tetapi penerapan unsur-unsur kebudayaan dan kesenian juga penting. Untuk itu, pada 09 Ogos 2011, peserta Kelas Dewasa (KEDAP) telah diberi pendedahan kepada kesenian tarian Melayu iaitu Joget sebagai satu kemahiran yang boleh dipelajari. Kelas tarian telah dibimbing oleh Cikgu Yusri yang amat sinonim dengan rentak tari tradisional dan banyak menjalankan persembahan peringkat sekolah dan luar. Berikut adalah beberapa 'scene' yang sempat dirakamkan.
Cikgu Yusri memberikan sedikit penerangan ringkas berkenaan kebudayan seni tari |
Peserta di susun bagi memudahkan perjalanan gerak tari |
Sunday, August 7, 2011
05 OGOS 2011 - OPS KATAKAN TIDAK PADA KUTU!
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menjalankan operasi Ops Katakan Tidak pada Kutu yang bertujuan memastikan murid-murid bebas dari masalah kutu pada rambut. Semasa operasi dijalankan, beberapa murid yang telah dikenalpasti (diperiksa kutu pada kepala) telah ditahan untuk tujuan pembersihan rambut menggunakan ubat kutu. Proses melumurkan ubat kutu pada murid telah dilakukan oleh Cikgu Siti Natasha, Cikgu Baizura, Cikgu Kamil dan Cikgu Hayati. Manakala proses menyikat kutu pada rambut pula dilakukan oleh Cikgu Mohd Zin dan Cikgu Yusri. Cikgu Zuhaili pula terlibat dengan memotong rambut murid yang berambut panjang dan berkutu. Selaras dengan Sambutan Bulan Kecergasan baru-baru ini, Operasi Katakan Tidak pada Kutu ini diharap dapat meningkatkan kesedaran murid menjaga penjagaan diri yang bukan sahaja kepada pakaian dan penampilan, tetapi juga pada rambut.
Murid-murid yang telah dikenalpasti dikumpulkan untuk diberikan ubat kutu |
Cikgu Norhayati menyelak rambut murid mencari kutu |
Cikgu Zin menyikat rambut seorang murid bagi membuang kutu |
Cikgu Baizura melumurkan ubat kutu pada rambut murid |
Cikgu Zuhaili memotong rambut murid lelaki yang berkutu |
Cikgu Siti Natasha dan Cikgu Hayati melumurkan ubat kutu pada rambut murid |
Itu dia..kelihatan telur kutu dan kutu-kutu berkeliaran dengan banyak sekali..ada berani? |
Tuesday, August 2, 2011
02 JULAI 2011 - ANUGERAH MINGGUAN MURID PALING BERSIH & KEMAS
Unit Hal Ehwal Murid di bawah Pn. Natasha melancarkan pencarian murid paling bersih dan kemas setiap minggu bermula pada minggu lepas. Pada setiap minggu, murid yang mengekalkan kebersihan diri (rambut, kuku,muka) dan kekemasan (rambut, pakaian dan kasut) akan dianugaerahkan murid paling bersih dan kemas. Murid yang menerima anugerah ini terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Pada minggu lepas, dua orang murid yang dikenalpasti dan memenangi anugerah murid paling bersih dan kemas adalah adik Muhammad Yani b. Abdullah dan Adik Natasha bt Dali. Bagi menyempurnakan anugerah, guru bertugas pada minggu ini iaitu Cik Nur Halimi telah menyampaikan hadiah kepada dua orang murid tersebut. Tahniah diucapkan.
Cikgu Halimi menyampaikan hadiah kepada adik Muhd. Yani, diiringi Pn. Natasha |
Adik Natasha Dali menerima hadiah daripada Cikgu Norhalimi sambil diperhatikan Pn. Natasha |
Subscribe to:
Posts (Atom)