Minggu Pusat Sumber kembali lagi dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung selama tiga hari. Aktiviti - aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran kreativiti murid, kemahiran kendiri dan permainan dijalankan secara kumpulan kecil. Ini bagi memupuk semangat kerjasama dan kerja secara berpasukan di kalangan murid-murid Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai peringkat bangsa. Berikut adalah tentatif sepanjang tiga hari berlangsungnya minggu pusat sumber.
26.04.2011
- Membina Carta Kumpulan Haiwan dan Tumbuhan
- Mencari makna perkataan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu menggunakan kamus
27.04.2011
- Pertandingan Menghafal Surah Lazim (Murid Islam), Menghafal Ikrar & Rukun Negara serta Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
- Permainan Dalaman - Dam Ular, Dam Haji, Puzzle Bergambar dan Congkak.
![]() |
| Adik Nur Azikea membaca doa-doa lazim |
![]() |
| Adik Aznadillah membaca ikrar dan Rukun Negara |
![]() |
| Adik Firdaus, murid prasekolah menyanyikan lagu Negaraku. |
![]() |
| Cikgu Baizura melihat murid-murid bermain dam ular |
![]() |
| Cikgu Zin memerhatikan murid bermain dam haji |
![]() |
| Barisan murid secara berpasangan bermain congkak |
![]() |
| Murid menyiapkan carta menggunakan suratkhabar dan gambar |
![]() |
| Murid menggunakan kamus bergambar mencari makna perkataan |



















