Sunday, October 13, 2013

11 NOV 2013 - SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Sambutan Hari Kanak-Kanak  salah satu program yang disambut setiap tahun bagi meraikan dan menghargai kanak-kanak (murid sekolah khususnya). Sehubungan dengan itu, Unit HEM selaku pengelola sambutan telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya adalah acara sukaneka, persembahan murid,anugerah tokoh kanak-kanak dan juga penyampaian cenderamata. Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak AMBANK (M) Bhd selaku bank angkat sekolah dengan membekalkan pelbagai cenderamata menarik untuk murid-murid sekolah. Menjadi harapan pihak sekolah semoga usaha yang dibuat ini sedikit sebanyak meningkatkan motivasi murid-murid dan dapat membentuk peribadi dan sahsiah yang lebih baik di masa akan datang. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan sambutan Hari Kanak-kanak pada tahun ini. 

Papan pemuka Sambutan Hari Kanak-Kanak

Cikgu Afidzi selaku pengacara majlis

Ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Hashim b Asmat