Monday, July 22, 2013

SELAMAT BERTUGAS EN. HASHIM B ASMAT

Alhamdulillah, kini SKBK telah menerima warga baru di atas perlantikan En. Hashim b Asmat sebagai Guru Besar menggantikan En. Azmi Kamal b Mat Lazim yang telah bertukar ke SK Bukit Kuda pada Mei yang lalu. Ucaptama En. Hashim berlangsung di Dataran Perhimpunan pada 22 Julai 2013 bersama-sama guru-guru dan murid-murid, antara lain menggalakkan murid-murid meneruskan usaha kecemerlangan melalui sifat rajin belajar. Pada masa yang sama, beliau berharap, kerjasama berterusan dari semua guru bagi meningkatkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah. En. Hashim b Asmat merupakan Guru Penolong Kanan Kurikulum di SK Olak Lempik Banting dan menguruskan hampir 900 orang murid. Pihak sekolah mengarapkan beliau terus mengekalkan kecemerlangan dalam membantu meningkat prestasi sekolah di masa akan datang,selamat datang kami ucapkan, yang pasti kelainan yang akan dibawakan, InshaAllah.
EN. HASHIM B ASMAT
Sumber: http://skolaklempit.com/pentadbiran/barisan-pentadbiran-2012.html

MARHABAN YA RAMADAN

Ramadan,bulan yang penuh keberkatan. Mengisi bulan yang mulia ini, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah (BKGKS) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan beberapa program untuk murid-murid Islam, guru-guru, kakitangan sekolah dan juga pekerja kontrak. Bermula awal pagi sebelum masuk ke kelas, murid-murid Islam berkumpul di surau Nur Al-Azhar bagi program Inna Solati. Program yang dikendalikan oleh Ustaz Khairuman, Ustazah Nurhayati dan Ustazah Maslimah ini antara lain bertujuan mendidik murid-murid Islam cara solat yang betul. Manakala, aktiviti tadarus Al-Quran di adakan di kalangan guru, kakitangan dan pekerja kontrak sekolah dalam mendalami bacaan. Aktiviti ini dijalankan mengikut masa lapang guru bersama di dalam kumpulan dan akan disambung sebelum dan selepas solat Zohor berjemaah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas usaha semua pihak dalam menghidupkan bulan Ramadan ini dengan aktiviti yang bermanfaat ini. Semoga usaha ini akan berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan,tetapi juga di masa-masa akan datang,insha Allah.













Tuesday, July 16, 2013

13 JULAI 2013 - HARI TERBUKA SKBK 2013

Hari Terbuka merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk bertemu dengan ibu bapa bagi memaklumkan tahap pencapaian murid bukan sahaja di dalam akademik,malah sahsiah. Bertempat di Dewan Gemilang SKBK, sebuah taklimat telah diberikan oleh pihak pentadbir akan beberapa perkara yang berkaitan dengan akademik, hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Sebaik sahaja taklimat disampaikan, ibu bapa beransur menemui guru kelas masing-masing yang sedia menunggu di dalam setiap darjah. Pihak sekolah berharap,dengan pertemuan empat mata antara guru dan murid ini dapat membantu ibu bapa dalam membimbing anak mereka ke tahap yang lebih baik untuk masa akan datang.











09 JULAI 2013 - MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT

Ramadan menyusul tiba. Sehubungan dengan itu, Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan Sekolah bersama dengan Panitia Pendidikan Islam SKBK telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat. Majlis ini antara lain bertujuan dengan niat mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan saudara  yang telah kembali ke rahmatullah. Pada masa yang sama, mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan guru-guru dalam sebuah majlis yang bermanfaat. Antara lain,majlis ini turut memaklumkan akan program-program yang akan dijalankan oleh KGKS dan Panitia Pendidikan Islam antaranya adalah Tadarus Al-Quran dan solat Zohor berjemaah sepanjang Ramadan. Manakala,pada 02 Ogos 2013 pula, akan di adakan Majlis Ihya Ramadan bagi meraikan murid-murid dan ibu bapa Islam di Taman Desa Kemandol ini. Semoga usaha-usaha yang diracang ini mendapat rahmat dan keberkatan di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, InshaAllah.