Thursday, June 27, 2013

20 JUN 2013 - BOMBA & PENYELAMAT BERSAMA SEKOLAH

Pentingnya menjaga keselamatan harta benda merupakan salah satu langkah berjaga-jaga sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini. Sehubungan dengan itu,pihak sekolah melalui Unit HEM telah menjemput pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Langat untuk mengadakan ceramah dan demostrasi langkah-langkah mencegah kebakaran sama ada di rumah mahupun di sekolah. Berikut adalah sebahagian gambar yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh pihak bomba sebaik sahaja loceng penggera panjang dibunyikan semasa P&P berlangsung.