Wednesday, October 24, 2012

24 OKT 2012 - HARI GRADUASI SKBK TAHUN 2012

Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh Kamariah bt Salim telah merasmikan dengan jaya Hari Graduasi SKBK buat pertama kali dalam sejarah sekolah. Turut hadir tetamu kehormat adalah Pn. Hjh Siti Hajar bt Ayub, Penolong Pegawai PPD Klang dan YDP PIBG En. Azis b Abdullah. Majlis yang berlangsung di Dewan Gemilang yang serba baru dan indah melibatkan peganugerah sijil kepada murid Pra sekolah, Tahun 6 dan juga peserta program Kelas Dewasa Asli, Penan & Pribumi (KEDAP). Selain penyampaian sijil, beberapa anugerah turut diberikan kepada murid-murid dan peserta yang cemerlang sepanjang tahun. Pada masa yang sama, tetamu dipersembahkan dengan persembahan murid Tahun 6 yang menyanyikan tiga buah lagu (Solat yang 5 Waktu, Anak Soleh dan Yang Merah itu Saga), peserta KEDAP (Dikir Lukah Menari) dan pra sekolah (Opa Gangnam Style). Sebelum berakhirnya majlis, suatu kejutan diberikan kepada Pn. Hjh Kamariah di mana pihak sekolah meraikan persaraan beliau di dalam perkhidmatan dan juga sempena hari lahir. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam meraikan Hari Graduasi SKBK 2012.


Ibu bapa mendaftar sewaktu hadir ke Majlis Hari Graduasi

Gerai Bundle antara tarikan pada Hari Graduasi

Barisan penerima sijil graduasi menunggu di bawah foyer sebelum berarak masuk ke dalam dewan


Menunggu dengan sabar bagi menerima sijil sempena Hari Graduasi

Hadirin mendengar ucapan yang disampaikan pengacara majlis

Dewan Gemilang yang penuh ceria dan indah sempena Hari Graduasi

Suasana di dalam Dewan Gemilang

En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan

GPK Tadbir, En. Abdul Halim bersama Pn. Siti Hajar, Pn Hjh Kamariah dan En. Aziz

Sebahagian ibu bapa yang hadir

Hadirin mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar

Penerima sijil graduasi bersama ibu bapa berkumpul di dalam dewan

Pn. Hjh Kamariah, mantan Pegawai PPD Klang

Pn. Hajah Kamariah menyampaikan ucapan di hadapan hadirin yang hadir.

En. Azmi Kamal menyampaikan cenderamata kepada Pn. Hjh Kamariah