Wednesday, August 29, 2012

29 OGOS 2012 - PERASMIAN PUSAT SUMBER SKBK

Pusat Sumber SKBK secara rasminya telah dirasmikan oleh Pn. Hajah Kamariah, Pegawai Pelajaran Daerah Klang. Turut bersama adalah Pn. Hajah Siti Hajar yang mengiringi beliau dan Fasilinus Pn. Aishah. Untuk rekod, Pusat Sumber SKBK telah diceriakan dan disusun atur melalui program khidmat bantu yang telah dijalankan pada bulan Julai yang lalu dan melibatkan beberapa orang guru dari sekolah terpilih. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Hajah Kamariah di atas kesudian merasmikan Pusat Sumber sekolah dan diharapkan usaha pihak sekolah ini memberikan manfaat sepenuhnya kepada semua murid.



29 OGOS 2012 - MAJLIS PERPISAHAN EN. ADAM B AHMAD

Bertempat di kafeteria SKBK, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan En. Adam b. Ahmad yang menamatkan perkhidmatan di sekolah ini pada hari ini. Beliau merupakan seorang guru Matematik dan mempunyai pengalaman yang mendalam di dalam subjek yang diajar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan bakti yang telah diiberikan sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini. Semoga En. Adam meneruskan kecemerlangan beliau di tempat baharu dan mengharumkan nama SKBK di kalangan umum. Selamat maju jaya!







Friday, August 24, 2012

15 OGOS 2012 - MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT RAYA

Sempena sambutan Hari Raya yang menjelang tiba, pihak sekolah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya kepada murid-murid Islam, murid yatim dan juga murid-murid bukan Islam. Majlis yang berlangsung di Dewan Gemilang SKBK turut mengumpulkan semua guru dan kakitangan sekolah dan diselitkan dengan ucapan Hari Raya oleh semua guru, nyanyian lagu-lagu raya seterusnya penyampaian sumbangan duit raya kepada semua murid. Di kesempatan ini juga, pihak sekolah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, raikan dengan penuh keceriaan dengan penuh kesyukuran!






Saturday, August 18, 2012

03 OGOS 2012 - PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2012

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara. Meraikan kemerdekaan negara yang sudah mencapai 55 tahun, pihak sekolah turut mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Ogos dalam memeriahkan sambutan. Berikut sekitar majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan.


















27 JULAI 2012 - SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 2012

Ramadhan,bulan 1001 keberkatan. Peluang yang datang jangan dilepaskan. Sehubungan dengan itu, salah satu program yang dijalankan di sekolah bersempena tibanya bulan Ramadhan adalah sambutan Ihya Ramadhan bagi meraikan murid-murid dan ibu bapa masyarakat Islam di Taman Desa Kemandol. Program bertempat di surau sekolah yang turut menjemput pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Klang, guru-guru besar di sekolah berhampiran, serta tetamu lain yang memeriahkan lagi sambutan. Antara aktiviti berlangsung pada petangnya adalah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh saudara Afandi Ali,ceramah agama, berbuka puasa dan mendirikan solat magrib, isyak dan teraweh secara berjemaah serta moreh. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan semoga Ramadhan yang dijalani selama sebulan ini menambahkan keimanan kita dan semoga memperoleh keberkatan dari-Nya.

Ibu bapa menulis nama di meja pendaftaran

Sebahagian ibu bapa menunggu sebelum majlis bermula

PUAN HAJAH SITI HAJAR BT. AYUB  menulis nama pada buku pelawat

Imam Affandi Ali membacakan ayat suci Al-Quran

Antara barisan murid-murid lelaki yang hadir pada majlis

Imam Affandi Ali mengalunkan bacaan ayat Al-Quran



Ustaz menyampaikan ceramah berkenaan tentang ibadat puasa

Kaum muslimah mendengar dengan khusyuk ceramah yang disampaikan

Guru besar, En. Azmi Kamal bersama tetamu jemputan menikmati makanan

Pelbagai hidangan berbuka disediakan untuk semua tetamu.