Wednesday, June 27, 2012

27 JUN 2012 - MINGGU PUSAT SUMBER

Minggu Pusat Sumber kembali lagi. Pada tahun ini, Program Minggu Pusat Sumber di bawah En. Adam b. Ahmad sebagai penyelaras. Pelbagai aktiviti dijalankan membabitkan pembahagian murid tahap 1 (tahun 1 dan 2) dan tahap 2 (tahun 3,4,5 & 6). Murid tahap 1 ditempatkan di Pusat Sumber bagi menjalankan aktiviti yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Kamil dan Cikgu Norbaizura sementara guru-guru lain berada di stesen-stesen antaranya di kantin (aktiviti meneka rasa), kelas Tahun 3 (membina roket/jet), makmal sains (membina menara kertas), bilik komputer (memahami tayangan video), bilik BBM (silent comedy) dan di Dewan Gemilang (Tari Cina). Majlis penutup dijalankan di Dewan Cemerlang beserta dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang di dalam pertandingan yang dijalankan. Berikut gambar sekitar program Minggu Pusat Sumber SKBK.

Murid Tahun 1 & 2 menyiapkan carta abjad

Memahami tayangan video

Membina jet kertas

Merasa pelbagai jenis bahan berperisa

Silent Comedy

Membina menara kertas

Tari Cina

Melengkapkan puzzle

Membina kolaj

Majlis Penutupan


Ucapan Penyelaras Program, En. Adam b. Ahmad

En. Abdul Halim menyampaikan hadiah

Pn. Siti Natasha menyampaikan hadiah

En. Azmi Kamal menyampaikan hadiah

Guru Besar, En. Azmi Kamal merasmikan majlis

Sunday, June 24, 2012

22 JUN 2012 - HARI TERBUKA SKBK 2012

Penganjuran Hari Terbuka di setiap sekolah adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak sekolah melaporkan prestasi akademik dan sahsiah murid-murid kepada ibu bapa. Sehubungan dengan itu, SK (Asli) Bukit Kemandol melalui Unit Kurikulum berbesar hati menganjurkan Hari Terbuka SKBK bagi tahun 2012 atas tujuan yang sama. Usaha meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid-murid memerlukan kerjasama berterusan antara pihak sekolah dan ibu bapa. Melalui Hari Terbuka ini, sebarang perkaitan berkenaan akademik, sahsiah dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan murid dapat diterangkan kepada ibu bapa murid-murid. Adalah diharapkan, melalui Hari Terbuka ini, ibu bapa mendapat kesedaran dalam membantu anak-anak mereka di dalam pendidikan serta memberi respon positif akan usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah.

Kaunter pendaftaran di buka seawal 745pagi

Pengerusi Majlis En. Mohd Afidzi b Nor Mohd

Ibu bapa memenuhi Dewan Gemilang

En. Azmi Kamal, selaku Guru Besar menyampaikan ucapan

Ibu bapa mendengar taklimat yang disampaikan

Pn. Siti Natasha menyampaikan taklimat berkenaan hal ehwal murid

Ibu bapa memenuhi dewan dan mendengar taklimat

Cikgu Mohd Zin selaku Guru Tahun 6 menyampaikan ucapan

En. Abdul Halim, GPK Tadbir menyampaikan buku kepada murid-murid tahun 6