Tuesday, May 29, 2012

25 MEI 2012 - PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Program Guru Penyayang adalah satu program yang dilaksanakan bertujuan merapatkan hubungan antara guru dan murid melalui sikap prihatin, kasih sayang dan perhatian terhadap keperluan murid. Sehubungan dengan itu, majlis Perasmian Program Guru Penyayang peringkat sekolah telah di adakan di Dewan Gemilang SK (A) Bukit Kemandol yang dirasmikan oleh Tuan Haji Mahmud b. Karim,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Antara aturcara program pada hari tersebut adalah ucapan ringkas berkenaan perjalanan program oleh GPK HEM, Puan Siti Natasha b. Hj Mohamed, penyampaian cenderamata kepada murid-murid yang lahir antara bulan Januari hingga Mei 2012 dan penyampaian Anugerah Zero to Hero bagi murid linus yang melepasi Ujian Saringan Khas Linus yang lalu.  Turut hadir pada majlis perasmian adalalah Tn Hj Ahmad Isa Tan Sri Dato Hassan (Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor), En. Norriffin b. Mohd Ali (Pegawai PPD Klang), En. Azis b. Abdullah (YDP PIBG) dan En. Keling Anak Dun (JKKK Taman Desa Kemandol). Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas tetamu dan hadirin yang hadir bagi menyerikan lagi majlis yang di adakan. Guru Penyayang murid pun sayang!
Ibu bapa dan murid memenuhi Dewan Gemilang

Pn. Siti Natasha bt Hj. Karim memberikan taklimat perjalanan program

Tuan Haji Mahmud menyampaikan ucapan

En. Norrifin menyampaikan cenderamata hari lahir kepada murid

Tn. Haji Isa menyampaikan cenderamata Anugerah Zero to Hero kepada murid

Saturday, May 26, 2012

25 Mei 2012 - MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KELAS DEWASA

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sekali lagi buat tahun ke empat pada tahun ini akan menjalankan Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli, Penan & Pribumi atau ringkasnya KEDAP. Sehubungan dengan itu, satu majlis perasmian telah dijalankan di Dewan Gemilang, SK (A) Bukit Kemandol oleh Tuan Haji Mahmud b. Karim, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor. Turut hadir pada majlis perasmian adalalah Tn Hj Ahmad Isa Tan Sri Dato Hassan (Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor), En. Norriffin b. Mohd Ali (Pegawai PPD Klang), En. Azis b. Abdullah (YDP PIBG) dan En. Keling Anak Dun (JKKK Taman Desa Kemandol). Antara acara yang dijalankan adalah penyampaian fail kepada peserta KEDAP yang telah disenarai serta tontonan video pelaksanaan program KEDAP tahun 2011. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan dan hadirin yang hadir bagi menyerikan majlis yang telah dijalankan ini. 
Pn. Maslimah dan Cik Baizura menunggu di meja pendaftaran

Ibu bapa dan murid memenuhi Dewan Gemilang

En. Abdul Halim selaku Naib Pengerusi KEDAP menyampaikan ucapan

Barisan tetamu VIP,dari kiri, Tn. Hj. Ahmad Isa, En. Azmi Kamal, Tn. Hj. Mahmud, En. Norriffin dan En. Keling

Cik Norhayati bt Tusiren selaku Pengacara Majlis
Barisan guru turut mengambil tempat

Tn. Hj. Mahmud b. Karim, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor menyampaikan ucapan


Sesi penyampaian sijil kepada peserta KEDAP

Cendermata diberikan kepada En. Norriffin selaku wakil dari PPD Klang

Tn. Haji Ahmad Isa menerima cenderamata dari En. Azmi Kamal

Thursday, May 17, 2012

16 MEI 2012 - SAMBUTAN HARI GURU SKBK 2012

Selamat Hari Guru! Memeriahkan sambutan Hari Guru pada tahun ini,pelbagai acara telah dijalankan sebagai meraikan usaha-usaha cikgu dalam mendidik murid-murid. Aturcara permulaan antaranya adalah bacaan  perutusan khas sempena Hari Guru, ucapan wakil murid, ucapan Guru Besar dan pentadbir serta nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu tema Hari Guru tahun 2012 - "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Persembahan khas dari murid tahun 6 dengan lagu 'Aku anak Kampung' dan persembahan dari prasekolah tutur memeriahkan acara pagi. Acara seterusnya adalah sukaneka guru yang melibatkan acara bowling kelapa dan bola racun. Manakala acara yang paling dinantikan adalah acara pertandingan memasak - Masterchef SKBK yang melibatkan tiga kumpulan guru. Kemuncak acara pada hari tersebut adalah penyampaian hadiah antara guru dan murid, penyampaian hadiah antara guru dengan guru, penyampaian hadiah Anugerah Khas Pentadbir serta penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah dijalankan. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Guru dan semoga kecemerlangan terus berkekalan dan menambahkan lagi ikatan silaturrahim sesama kita, insyaAllah,SELAMAT HARI GURU cikgu-cikgu!

Barisan Kabinet SKBK sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2012
Murid-murid memenuhi Dewan Cemerlang

Cikgu Zin dan Cikgu Baizura menerima hadiah dari Adik NasAzila

Cikgu Fizi dan Cikgu Adam menerima hadiah dari Adik Tan Ah Kiau
Cikgu Yusri, Cikgu Zuhaili dan Cikgu Fizi menerima hadiah dari Adik Sharey Amrey
Pertandingan masak Hari Guru - Kumpulan A - Transformasi Ikan Tiga Rasa

Kumpulan C - Transformasi Ikan Stim Berinovatif

Kumpulan C - Ikan Goreng Serai Wangi
Juri-juri yang mengadili pertandingan, Tuan Guru Besar, GPK Tadbir dan GPK HEM
Acara sukaneka - bowling kelapa diadakan di gelanggang futsal
Himpunan hadiah bagi sesi pertukaran hadiah antara guru dengan guru
Sesi penyampaian hadian antara guru - Cikgu Halim kepada Cikgu Zuhaili
Cikgu Baizura menyampaikan kepada bekas gurunya,Cikgu Yusri
Anugerah Khas Pentadbir turut menghargai jasa-jasa guru

02 MEI 2012 - ROMBONGAN KE PESTA BUKU PWTC, KUALA LUMPUR

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur....

Bas tiba mengambil murid - murid
Barisan murid - murid yang baru tiba di dataran PWTC
Murid-murid berjalan sekitar di dalam dewan
Pn. Siti Natasha, GPK HEM,membaca buku sambil diperhatikan murid-murid