Wednesday, March 21, 2012

21 MAC 2012 - PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH & PENCEGAHAN JENAYAH 2012

20 MAC 2012 - PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Program NILAM 2012 SK (A) Bukit Kemandol telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Klang, Pn. Hajah Siti Hajar bertempat di Dewan Cemerlang SK(A) Bukit Kemandol. Antara lain, antara aturcara program adalah sesi penyerahan buku program Nilam mengikut kelas dan nyanyian lagu Nilam. Semoga dengan pelancaran Program Nilam ini meningkatkan lagi minat membaca di kalangan murid-murid di sekolah ini. 

Tuesday, March 13, 2012

09 MAC 2012 - PROGRAM PENYERAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 1/2012

Menutup tirai persekolah sesi penggal pertama 2012, Program Penyerahan Duit RM100 kepada murid Tahun 1/2012 telah di adakan di Dewan Cemerlang SKBK. Dihadiri Pengerusi JKKK Taman Desa Kemandol, En. Keling Anak Dun dan juga Pengerusi PIBG SKBK, En. Azis b. Abdullah bagi menyampaikan duit kepada ibu bapa murid Tahun 1. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dalam melancarkan program yang dijalankan pada hari ini. Semoga dengan bantuan yang telah diterima dapat membantu murid di dalam persekolahan mereka.

En. Azmi Kamal meyampaikan ucapan alu-aluan.

Ibu bapa murid yang hadir semasa majlis penyampaian

Pengerusi PIBG, En. Azis bersama Pengerusi JKKK, En. Keling

En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan

En. Aziz, Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan.

En. Aziz menyampaikan bantuan RM100 kepada murid-murid

Ibu bapa menemani murid menerima bantuan RM100

En. Keling menyampaikan batuan RM100 kepada murid-murid

03 MAC 2012 - PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Bertemakan '1 Rumah 1 Pokok', Program Gotong Royong Perdana telah di adakan di SK(A) Bukit Kemandol. Program ini antara lain bertujuan mengindahkan persekitaran sekolah dengan penanaman pelbagai jenis pohon hiasan, pokok bunga dan juga pohon buah-buahan. Selain daripada penanaman pokok,antara persekitaran sekolah yang dibersihkan adalah di dalam Pusat Sumber sekolah, siar kaki, bilik guru dan juga bilik-bilik khas. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan pelbagai pokok daripada penduduk Taman Desa Kemandol dan mereka yang sudi hadir bagi menjayakan program pada hari tersebut.

Taklimat disampaikan oleh En. Shahrezal

Sebahagian murid dan penduduk mengemas Pusat Sumber

Pokok-pokok di tanam disekitar kawasan sekolah

02 MAC 2012 - PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Bertempat di Dewan Cemerlang SKBK, satu program di bawah Unit HEM telah menjalankan Program Pendidikan Kesihatan. Program ini antara lain mendedahkan kepada murid-murid akan kepentingan menjaga kesihatan diri, punca penyakit, cara rawatan dan juga pencegahan. Guru-guru yang menyampaikan ceramah pada hari tersebut antaranya Cikgu Halimi dan juga Cikgu Zuhaili. Mengakhiri program pada hari tersebut, murid-murid yang mengalami masalah kutu diberi rawatan oleh guru-guru dengan menyapu ubat kutu di kepala. Semoga program sebegini dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap penjagaan kesihatan diri dan mengurangkan permasalahan berkaitan dengan penyakit.

Cikgu Nur Halimi menyampaikan taklimat berkenaan kutu

Murid mendengar dengan teliti taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Nur Halimi


Cikgu Afidzi melumur ubat kutu kepada murid

Pn. Natasha menyapu ubat kutu pada murid perempuan

Sebahagian guru membantu menyapu ubat kutu pada murid-murid