Wednesday, September 28, 2011

29 Sept 2011-Karnival Tunas Mini Olimpik MSSD 2011

Bertempat di Stadium Sultan Sulaiman, Klang, 10 orang murid tahun 3 dan 4 SK (A) Bukit Kemandol yang terdiri daripada 5 orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki telah menyertai Karnival Tunas Mini Olimpik MSSD Klang bagi tahun 2011. Antara acara yang dijalankan adalah larian terus, lompat pagar, lompat jauh dan lontar peluru. Karnival yang bermula pada jam 830pagi ini berakhir pada jam 400 ptg. Walaupun murid-murid tidak mengutip sebarang mata kemenangan, namun karnival sebegini mendedahkan murid kepada persekitaran luar dan memupuk daya saing yang sihat.

Murid perempuan dari kiri:Anis, Isnamisha, Shahlin, Dean, Azana, Murid lelaki dari kiri : Hafiz, Roosen, Junzainuddin, Juhaizad & Tarmizi  
Cikgu Zuhaili bersama murid-murid menunggu nombor dipanggil
Acara balapan - larian terus

Saturday, September 24, 2011

24 SEPT 2011 - LADAP KE - 6 : PEMBINAAN PENGKALAN DATA & MAIL MERGE

Bertempat di Makmal Komputer SKBK, LADAP ke - 6 telah dijalankan dengan tajuk Pembinaan Pengkalan Data dan Mail Merge yang dikendalikan oleh Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim. Menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Excel, kursus kali ini antara lain mendedahkan kepada guru-guru akan kepentingan 'Mail Merge' bagi urusan kerja seharian. Kursus yang berlangsung selama dua jam ini berakhir dengan jayanya.
Cikgu Mohd Afidzi memberikan tumpuan sepenuhnya

En. Azmi Kamal sebagai pengajar kursus

Friday, September 23, 2011

23 SEPT 2011 - 'OBSES PADA BUKU?' KUMPULAN GRUPBUKU KARANGKRAFT BERSAMA MURID-MURID SKBK

Bertempat di Dewan Cemerlang SK (A) Bukit Kemandol pada hari ini, Kumpulan Grupbuku Karangkraft melalui kakitanganya telah mengadakan program 'Obses pada buku?'. Antara lain antara aturcara program adalah sesi soal jawab, permainan tiup belon, belon beracun dan kerusi muzik. Aktiviti yang dijalankan melibatkan murid sepenuhnya dan hadiah berupa buku diberikan kepada murid yang berani tampil ke hadapan. Selain itu, pihak Grupbuku Karangkraf juga mengadakan jualan buku-buku terbitan Karangkraft sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid-murid. Buku-buku yang dijual termasuklah buku-buku cerita dan juga novel. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Grupbuku Karangkraft di atas kesudian menjalankan program di SK (A) Bukit Kemandol. Semoga di lain masa nanti, program-program seperti ini menambah minat murid terhadap membaca terutamanya buku-buku terbitan Grupbuku Karangkraft. 

Banner Grupbuku Karangkraft
Murid-murid memenuhi dewan mengikuti perjalanan program
Kakitangan Karangkraft berceloteh bersama murid-murid
Murid diberikan hadiah di atas penyertaan di dalam setiap aktiviti
Murid mengikuti aktiviti meniup belon
Permainan belon beracun
Acara Kerusi Beracun
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan terima kasih
En. Azmi Kamal menyampaikan cenderamata penghargaan kepada wakil Grupbuku Karangkraft
Gerai menjual buku-buku terbitan Karangkraft disediakan di luar dewan
Cikgu Yusri berkesempatan membeli buku untuk anaknya.
Guru-guru yang mengikuti perjalanan program
Sumbangan buku dari Grupbuku Karangkraft kepada Pusat Sumber SKBK

Monday, September 19, 2011

19 SEPT 2011 - PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 54

Berakhir sudah sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 54 sebaik sahaja sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang lalu. Memeriahkan sambutan yang lalu, pelbagai aktiviti yang dijalankan antara lain nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan mewarna dan membina poster, kuiz dan pengibaran jalur gemilang sekitar kawasan sekolah dan juga memasang kain rentang.Bagi acara penutup hari ini, aturcara program bermula dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, sesi soal jawab diikuti ucapan penutup oleh Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim  dan penyampaian hadian kepada murid-murid yang memenangi pertandingan mewarna dan membina poster pada minggu sebelumnya. Berikut sekitar majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan yang di adakan di Dewang Cemerlang SKBK.

Cikgu Adam memberikan sedikit taklimat berkenaan aturcara program
Cikgu Afidzi selaku Pengacara Majlis
Nyanyian lagu-lagu patriotik diketuai Cikgu Yusri Sharip
Gelagat murid memperagakan Jalur Gemilang di badan
Murid-murid menyanyi sambil mengibarkan jalur gemilang
Tiga murid memperagakan jalur gemilang dalam pelbagai gaya
GPK 1 En. Abdul Halim bersama Tuan Guru Besar turut mengibarkan Jalur Gemilang
Bersama mengibarkan Jalur Gemilang Gergasi, Cikgu Adam dan Cikgu Zin
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan penutup
Penyampaian cenderamata kepada murid yang memenangi pertandingan mewarna dan membina poster

Saturday, September 17, 2011

16 SEPTEMBER 2011 - SELAMAT HARI MALAYSIA NEGARAKU

Sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini, warga SK (A) Bukit Kemandol tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Merdeka yang ke 54. Bersama kita mengekalkan keamanan dan kesejahteraan berpanjangan dan sentiasa menghargai atas kurnian Tuhan di bumi tercinta ini.

Monday, September 12, 2011

13 SEPT 2011 - SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2011 ANAK-ANAK SKBK

Peperiksaan UPSR bermula pada hari ini, 13 Sept 2011 bermula dengan kertas peperiksaan Bahasa Melayu. SK (A) Bukit Kemandol mempunyai 11 orang calon UPSR yang terdiri dari 5 orang murid lelaki (Rashdanizam, Amirul, Nazri, Norhisyam dan Junipree) dan 6 orang murid perempuan (Aishah, Rekha, Haizi, Wan Nazirah, Erin, Aznadilah). Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR, selamat menjawab dengan tenang dan kami sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua. InsyaAllah kejayaan pasti bersama kita.

11 - 15 SEPT 2011 - MINI ASRAMA UPSR 2011

Sempena minggu Peperiksaan UPSR yang bermula pada minggu ini, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan 'mini asrama'. 'Mini asrama' bertujuan bagi menempatkan murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR di sekolah dan bertujuan untuk memberi bimbingan yang berterusan di dalam pelajaran. Pada masa yang sama memastikan mereka hadir dan menduduki peperiksaan pada hari yang telah ditentukan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua guru dan sama-samalah kita berdoa akan kejayaan anak-anak murid kita.

Kelas bimbingan Matematik di bawah bimbingan Cikgu Adam
Kelas Bimbingan Matematik di bawah bimbingan Cikgu Shahrezal
Makanan dan minuman percuma disediakan kepada murid-murid
Taklimat ringkas diberikan sebelum murid-murid masuk ke dewan peperiksaan
Bacaan doa daripada Guru Besar mengiringi murid-murid sebelum masuk ke dewan peperiksaan
Post mortem dijalankan sebaik murid selesai menjawab soalan peperiksaan

Friday, September 9, 2011

09 SEPT 2011 - SEMARAKKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA

Suasana sambutan bulan kemerdekaan tetap dirasakan bukan sahaja kepada hiasan Jalur Gemilang yang bergantungan di dataran perhimpunan sekolah, malah nyanyian lagu-lagu patriotik tetap dilakukan di dalam perhimpunan mingguan oleh murid-murid dan guru-guru. Bagi mempelbagaikan lagi aktiviti di dalam bulan kemerdekaan ini, ditambah dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept 2011 nanti, pihak Unit Hal Ehwal Murid di bawah Cikgu Shahrezal dengan AJK yang terlibat, telah mengadakan pertandingan membina poster sambutan perayaan kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi murid tahun 3,4 dan 5 manakala pertandingan mewarna bagi murid tahun 1 dan 2. Dikelolakan oleh Cikgu Adam di dalam pengurusan murid, Cikgu Kamil bagi aktiviti bersama-sama cikgu-cikgu lain telah melancarkan perjalanan program yang dijalankan. Berikut warna-warni sekitar program berlangsung.
Cikgu Adam memberikan taklimat ringkas perjalanan program

Murid menggunakan peralatan yang disediakan bagi membina poster
Murid tahun 1 dan 2 mewarnakan poster secara individu
Murid-murid tahun 3,4 & 5 dibahagikan mengikut kumpulan
Kumpulan Lelaki Tahun 4 - Arun, Salman, Azmirul, Ezul & NAzri

Kumpulan Lelaki Tahun 4+5 : Joshua, Hardi, Amir & Tarmizi
Kumpulan Tahun 5 + 4 lelaki - Denny,Hafiz, Junlenzani, Lizal, Imran

Kumpulan Tahun 3 lelaki - Amrey, Azin, Roosen, Juhaizad & Junzainuddin
Tahun 5 Perempuan - Rose, Zizah, Holian, Shahaslin, Suzamera

Tahun 3 Perempuan - Norzela, Norsyela, Dian, Izzerin, Norazmah