Thursday, June 30, 2011

27-30 JUN 2011 - SUKANTARA, SUKANEKA & LATIHAN PERARAKAN

Sepanjang minggu ini, di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, acara sukantara tetap dijalankan melibat larian 70 meter (murid tahap 1) dan larian 140 meter murid (murid tahap 2), acara balapan iaitu lompat tinggi dan lontar peluru manakala acara sukaneka pula termasuk tarik bola dengan gelung, skipping berganti-ganti dan kapit bola berganti-ganti.  Berikut gambaran sekitar seminggu aktiviti ini berlangsung sebelum Kejohanan Sukan Tahunan bermula pada 03 Julai 2011 (Ahad) nanti.
Latihan Perbarisan
Ketua Perbarisan, Adik Rasdanizam bersama pembawa bendera
Kontijen Rumah Marikh (merah)
Kontijen Rumah Zuhal (Kuning)
Kontijen Rumah Uranus (Hijau)
Pembawa Sepanduk Rumah Zuhal, Adik Natasha Dali
Pembawa Sepanduk Rumah Marikh, Adik NurAin Hamid
Adik Rekha A/P Jayaraman,pembawa sepanduk Uranus
Adik Rashdanizam membacakan ikrar
Cikgu Adam dan Cikgu Zin,gigih menyiapkan tiang bendera
Murid Prasekolah turut berlatih untuk perarakan
Latihan untuk aktiviti Senam Seni
Murid prasekolah bersama sepanduk Zuhal
Adik Zuraidah bersama sepanduk

Saturday, June 25, 2011

25 JUN 2011 - MAJLIS PERPISAHAN GPK HEM, EN. SAHRUDDIN B. HALIL

Tidak sampai sebulan, sekolah baru sahaja kehilangan GPK Kokurikulum, En. Ayob b. Ahmad, hari ini, sekolah sekali lagi kehilangan seorang kakitangan pentadbiran dan juga tenaga pengajar, GPK HEM, En. Sahruddin b. Halil. Tempoh tiga tahun berkhidmat di sekolah ini,walaupun masih baru,namun disebabkan khidmatnya masih diperlukan di sekolah lain, maka dengan hati yang berat sekalipun terpaksa dilakukan demi meneruskan perjuangan yang masih ada. Untuk itu, pihak sekolah telah mengadakan sebuah Majlis Perpisahan bagi meraikan perpindahan En. Sahruddin b. Halil ke sekolah baru. Majlis yang diraikan bersama GPK Tadbir, En. Abdul Halim b. Ahmad bersama YDP PIBG En. Azis b. Abdullah turut dimeriahkan dengan persembahan murid dan penyampaian cenderamata kenang-kenangan bagi memperingati sumbangan dan jasa bakti yang telah diberikan oleh En. Sahruddin sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya dan kami warga SK Bukit Kemandol mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kesejahteraan kepada En. Sahruddin. Kalau ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, InsyaAllah kita berjumpa lagi.
Murid-murid dan barisan guru serta kakitangan sekolah memenuhi dewan
Barisan Pentadbir, En.Abdul Halim, Guru Penolong, En. Zin, Yang Diraikan, En. Sahruddin, YDP PIBG, En. Azis dan Pengacara Majlis, En. Mohd Afidzi.
En. Abdul Halim, wakil pentadbir menyampaikan ucapan
YDP PIBG, En.Azis Abdullah menyampaikan ucapan
Yang Diraikan, bekas GPK HEM,En. Sahruddin Halil menyampaikan ucapan terakhir
Suasana Dewan Cemerlang yang hening dan hiba
Persembahan Nyayian oleh Kelab Seni Budaya SKBK
Dua orang murid merasa terhiba dengan lagu yang didendangkan
Cenderamata dari Kelas Pra-sekolah
Cenderamata dari Kelas Tahun 1
Cenderamata dari pihak pentadbir
Cenderamata dari YDP PIBG,En. Azis b. Abdullah
Cenderamata dari Tuan Guru Besar
Cenderamata dari Kelab Guru
Cenderamata dari pihak sekolah
Murid pra-sekolah memulakan bersalaman
Suasana sedih dikalangan murid jelas kelihatan dengan lingangan air mata bercucuran

Wednesday, June 22, 2011

20 - 30 JUN 2011 - LATIHAN SUKAN

Kehangatan bahang Sukan Tahunan sudah mula dirasa dengan adanya latihan yang mula dijalankan sejak 20 Jun 2011 yang lalu. Sebanyak tiga buah rumah sukan iaitu Marikh, Uranus dan Zuhal berentap bagi mengumpul mata untuk bergelar johan keseluruhan. Acara yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan mengcungkil potensi diri murid yang bukan sahaja di dalam bidang akademik semata, bahkan di dalam permainan juga. Tambahan, acara Sukan Tahunan dapat meningkatkan semangat juang murid dan menimbulkan rasa seronok untuk datang ke sekolah. Bagi tahun ini, Pengurusan Sukan Tahunan di bawah kelolaan En. Mohd Rizal dengan tiga pengurus rumah sukan yang dilantik bagi latihan dan pengurusan murid bersama-sama guru-guru lain yang secara langsung terlibat bagi menyemarakkan acara sukan yaang akan tiba. Inilah gambaran disekitar latihan sukan yang sempat dirakamkan. 

Senaman Ringkas sebelum memulakan acara di padang dan balapan