Tuesday, May 31, 2011

27 MEI 2011 - MAJLIS PERPISAHAN GPK KOKO, EN MOHAMAD AYOB B AHMAD

Hujan mencurah di pagi hari membasai bumi Bukit Kemandol seolah-olah meratapi kesedihan akan perpindahan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohamad Ayob b. Ahmad. Majlis serba ringkas namun bermakna telah dijalankan di Dewan Cemerlang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti beliau di atas sumbangan di SK (A) Bukit Kemandol sepanjang dua tahun berkhidmat di sekolah ini. Sesungguhnya segala jasa dan budi yang dicurahkan itu, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kami mendoakan agar En. Mohamad Ayob sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik dan meneruskan sisa-sisa perjuangan selagi hayat di kandung badan. Berikut adalah suasana sepanjang Majlis Perpisahan yang dijalankan.
Dari kiri, En. Azmi Kamal, En. Mohd. Ayob, En. Azis dan En. Kamaruddin

En. Mohd. Afidzi selaku pengacara majlis

En. Mohd. Ayob menyampaikan ucapan

Adik Denny Wan Zamri menyampaikan hadiah wakil murid Tahun 1

Pn. Jamaliah mewakili Unit Pentadbiran menyampaikan hadiah

Cikgu Maslimah mewakili Pra-Sekolah
En. Kamaruddin, AJK PIBG menyampaikan hadiah.

Adik Zulhafizal menyampaikan hadiah mewakili Cikgu Baizura.

YDP PIBG En. Azis Abdullah menyampaikan hadiah.


Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan hadiah

En. Abdul Halim menyampaikan hadiah mewakili Kelab Guru

Cenderamata Kenangan dari guru-guru SK(A) Bukit Kemandol

Persembahan Murid

Cikgu Ayob bersama murid-murid

Salam perpisahan

Salam perpisahan

Salam perpisahan antara Cikgu Ayob dan Guru-guru

Jamuan ringkas

Guru-guru mengambil hidangan

Tuesday, May 17, 2011

16 MEI 2011 - SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara', itulah tema Hari Guru pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bersama ribuan warga pendidik seluruh negara mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan yang dijalankan walaupun sederhana, namun tetap meriah dengan pelbagai acara dan aktiviti yang telah dirancang sebelumnya. Berikut sekitar sambutan Hari Guru peringkat SK (A) Bukit Kemandol.

Ucapan Guru Besar dan merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru

Suasana di dalam Dewan Cemerlang

Murid mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru.
En. Sahruddin Halil membacakan perutusan Hari Guru

Barisan Guru membacakan Ikrar Guru diketuai oleh En. Abdul Halim Ahmad

Persembahan Nyanyian oleh murid-murid
Barisan hadiah yang akan diberikan

Dari kiri, pengacara majlis, Cikgu Afidzi, Guru Besar, GPK Koko & GPK Tadbir

Kek sempena sambutan Hari Guru
Upacara memotong kek diiringi nyanyian Lagu 'Selamat Hari Guru'

Guru Besar, En. Azmi Kamal memotong kek

Memotong sambil bergambar

Sukaneka 1 - Cikgu Halim mencuba memasukkan gelung ke dalam kon

Sukaneka 2 - Bouncing Ball

Murid menunjukkan hadiah yang akan diberikan kepada guru-guru
Pertukaran Hadiah Cikgu Abdul Halim dan Cikgu Sahruddin

Pertukaran hadiah oleh Cikgu Afidzi dengan Pn. Sarina



Saturday, May 14, 2011

14 mei 2011 - KURSUS KEPIMPINAN MUDA (KeMUDA)

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) di bawah Guru Penolong Kanan HEM, En. Sahruddin b. Halil dengan kerjasama Cikgu Zuhaili b Mohd Zin serta Jawatankuasa Kursus Kepimpinan Muda (KeMUDA) telah melaksanakan dengan jayanya Kursus KeMUDA. Kursus ini menghimpunkan pemimpin murid dari Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (Pustakawan), Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Perserta yang terdiri daripada 33 orang kesemuanya telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan meningkatkan daya kepimpinan dan kefahaman akan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang yang memegang jawatan di sekolah. Berikut gambar sekitar kursus berlangsung.

Pendaftaran peserta

Taklimat ringkas oleh Cikgu Rizal kepada peserta

Aktiviti 1 - Ice Breaking

Aktiviti 2 - Sekolah ku Impianku

Aktiviti 3 - Ceramah Bidang Tugas oleh Cikgu Saharuddin b Halil

Aktiviti 4 - Pandu Arah

Cikgu Zuhaili menyampaikan kesesuaian aktiviti dengan daya kepimpinan

Aktiviti 5 - Sekolahku Sayang

Majlis Perasmian & penutup oleh Guru Besar, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim