Tuesday, April 26, 2011

MINGGU PUSAT SUMBER KALI I TAHUN 2011

Minggu Pusat Sumber kembali lagi dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung selama tiga hari. Aktiviti - aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran kreativiti murid, kemahiran kendiri dan permainan dijalankan secara kumpulan kecil. Ini bagi memupuk semangat kerjasama dan kerja secara berpasukan di kalangan murid-murid Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai peringkat bangsa. Berikut adalah tentatif sepanjang tiga hari berlangsungnya minggu pusat sumber.

26.04.2011  
  • Membina Carta Kumpulan Haiwan dan Tumbuhan
  • Mencari makna perkataan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu menggunakan kamus

27.04.2011
  • Pertandingan Menghafal Surah Lazim (Murid Islam), Menghafal Ikrar & Rukun Negara serta Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
  • Permainan Dalaman - Dam Ular, Dam Haji, Puzzle Bergambar dan Congkak.

 
Adik Nur Azikea membaca doa-doa lazim

Adik Aznadillah membaca ikrar dan Rukun Negara

Adik Firdaus, murid prasekolah menyanyikan lagu Negaraku.

Cikgu Baizura melihat murid-murid bermain dam ular

Cikgu Zin memerhatikan murid bermain dam haji

Barisan murid secara berpasangan bermain congkak


Murid menyiapkan carta menggunakan suratkhabar dan gambar

Murid menggunakan kamus bergambar mencari makna perkataan

Monday, April 25, 2011

PENTAULIAHAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER & KETUA DARJAH

25 April 2011 berlangsungnya majlis ringkas kelolaan Unit Hal Ehwal Murid bagi pentauliahan murid-murid yang dipilih bagi memegang jawatan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Darjah. Majlis pentauliahan berlangsung dengan upacara pemakaian tali leher oleh Guru Besar, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim, diiringi Guru Penolong Kanan HEM, En. Saharuddin b. Halil. Majlis seterusnya bacaan ikrar yang dibacakan oleh Adik Rashdanizam b. Rau. Berikut adalah gambaran sekitar Majlis Pentauliahan yang berlangsung.

Add caption







Saturday, April 9, 2011

09 APRIL 2011 - TAKLIMAT & UJIAN SARINGAN PROGRAM KELAS IBU BAPA MURID ORANG ASLI & PRIBUMI (KEDAP)

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Khas telah mengadakan program Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) yang akan bermula pada bulan April hingga bulan Oktober 2011. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah asli seluruh negara, termasuk SK (A) Bukit Kemandol telah dipilih untuk menjalankan program ini berdasarkan garis panduan dan peruntukan-peruntukan yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Lanjutan daripada itu, pihak sekolah telah mengadakan satu sesi Taklimat bagi memberi penerangan secara ringkas perjalanan program KEDAP serta kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada ibu bapa yang terpilih mengikuti program ini. Taklimat yang bermula pada jam 900 pagi berakhir satu jam selepasnya kemudian diikuti Ujian Saringan yang dijalankan bagi menentukan tahap pencapaian peserta di dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Berikut antara gambaran sekitar taklimat yang berlangsung.
Peserta yang hadir bagi mendengar sesi taklimat Program KEDAP

Barisan guru-guru dan pentadbir bersama Pengerusi JKKK En. Keling Anak Dun

Pengerusi PIBG, En. Azis b. Abdullah menyampaikan ucapan pembukaan

Pengerusi KEDAP merangkap Guru Besar SK(A) Bukit Kemandol, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim memberi ucapan seterusnya menyampaikan Taklimat Program KEDAP

Peserta mengisi soalan ujian Saringan