Saturday, January 29, 2011

29 JANUARI - 06 FEBRUARI 2011 - CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Bermula pada 29 Januari 2011, SK (A) Bukit Kemandol telah mengambil cuti berganti selama tiga hari bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 & 4 Februari 2011. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti dan bersama menjaga keselamatan diri sepanjang cuti ini. Kepada kaum Cina, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga keamanan dan kemakmuran ini terus dikongsi bersama.


Friday, January 21, 2011

22 JAN 2011 - KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2011

Kejohanan Merentas Desa program pemula bagi Unit Kokurikulum SK(A) Bukit Kemandol bagi tahun 2011. Setelah dua minggu latihan dijalankan, hari ini menjadi hari penentu mencari juara Kejohanan Merentas Desa di samping kutipan mata untuk pasukan rumah sukan. Program bermula jam 9 pagi dengan sedikit taklimat oleh Cikgu Mohd Zin seterusnya senaman ringkas pemanas badan dan senam seni yang dikelolakan oleh Cikgu Yusri. Pelepasan peserta telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar En. Azmi Kamal b Mat Lazim pada jam 930pagi sementara cikgu-cikgu yang ditugaskan untuk menjaga check-point telah bersedia di tempat masing-masing. Berikut gambar dan video sekitar Kejohanan Merentas Desa SK(A) Bukit Kemandol tahun 2011.

Taklimat awal yang diberikan oleh Cikgu Mohd Zin

Senaman pemanas badan sebelum bermula acara
Cikgu Zuhaili memberikan tanda di check point pertama

Johan bagi kategori perempuan, Adik Isnamisha diilkuti adik Sazana sampai di garisan penamat

Adik Junlenzani, johan bagi kategori lelaki


Piala dan pingat menanti murid yang mendapat tempat pertama hingga ke 10

Para pemenang kejohanan memperagakan pingat dan piala kejohanan

 

 

21 JANUARI 2010 - PROGRAM MOTIVAS INSAN GEMILANG

Program bagi tahun 2011 dibuka dengan Program Motivasi Insan Gemilang (PMIG) yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) di bawah seliaan En. Sahruddin b. Halil selaku Guru Penolong Kanan HEM dan En. Adam b. Ahmad selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling SK(A) Bukit Kemandol. Program ini melibatkan murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh GPK Hem disusuli dengan Ujian Pra, seterusnya aktiviti pengukuhan daya ingatan, keyakinan, semangat berpasukan, bersedia dan berani melalui permainan berkumpulan 'Kerabu, Kelopak, Jantung' dan 'Goreng Pisang'. Aktiviti ini diselia oleh Cikgu Yusri dan Cikgu Kamil. Sebelum waktu rehat, Cikgu Zuhaili dan Cikgu Halimi menjalankan aktiviti fokus dan sedia melalui acara 'Sorak, Gol & Alamak!'. Aktiviti yang bersifat riang ria dan gembira ini menekankan kepada aspek tahap kesediaan murid pada setiap masa dan fokus terhadap sebarang maklumat yang diberi dan diterima. Aktiviti selepas rehat diselia bersama oleh Cikgu Ayob b Ahmad dan Ustazah Salinda. Di harap program seperti ini dapat memupuk sikap dan motivasi murid terhadap pentingnya pelajaran. Berikut gambar dan video sekitar perjalanan Program Maju Diri SK (A) Bukit Kemandol.

Murid Tahap 2 berkumpul dan mendengar taklimat ringkas perjalanan program

Cikgu Sahruddin b Halil selaku penyelaras Program Maju Diri

Cikgu Yusri mengendalikan aktiviti 'Kelopak, Kerabu, Jantung'

Cikgu Halimi dan Cikgu Zuhaili mengendalikan aktiviti berpasukan 'Sorak, Gol & Alamak!'
Majlis Penutup Program Motivasi Insan Gemilang

Sunday, January 16, 2011

16 FEB 2011 - PELANCARAN PROGRAM ANAK ANGKAT PROGRAM LINUS

En. Azmi Kamal b. Mat Lazim bersama anak angkat, Esyafera bt Erol

En. Abdul Halim b. Ahmad bersama adik Innorwani bt Jamaluddin

En. Sahruddin b Halil bersama adik Muhd. Fikri b Abdullah

Pn. Maslimah bt Abd Majid bersama adik Norhafiza bt Rohan

En. Mohd Kamil b. Yusof bersama Adik Sahrin b Isak

En. Mohd Zin. b. Hamzah bersama Adik Natasha bt. Chemol

Cik Nurbaizura a/k Keling bersama adik Kenny b Roslan

Program LINUS telah berjalan selama setahun (bermula tahun 2010) dan pelbagai program telah disusun bagi memantapkan lagi perjalanan program yang berada di dalam NKRA iaitu salah satu petunjuk pencapaian di dalam pendidikan negara. Untuk itu, antara program yang dijalankan oleh pihak PPD Klang ialah Program Anak Angkat LINUS di mana setiap orang guru akan menerima murid-murid di kalangan murid-murid yang terlibat dengan program LINUS. Penyelaras Program LINUS sekolah, En. Mohd Kamil b Yusof bertanggungjawab dalam pengagihan murid kepada guru di sekolah ini. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbir dalam satu mesyuarat di PPD Klang. Program ini secara tidak langsung memberi tanggungjawab kepada semua guru dalam membantu murid-murid yang lemah di dalam penguasaa asas Literasi dan Numerasi dan membanteras buta huruf di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama sebaik mungkin di dalam membimbing dan membantu murid-murid ini.

Monday, January 10, 2011

SESI BERGAMBAR KAKITANGAN & WARGA SKBK 2011


Satu sesi bergambar telah dijalankan pada pagi ini bagi merakamkan barisan jawatankuasa baru SK (A) Bukit Kemandol sesi 2011. Turut dijalankan sesi bergambar pada hari ini adalah antara guru kelas dengan murid-murid, guru bersama AJK unit beruniform, kelab, persatuan dan rumah sukan.

BARISAN PENTADBIR & GURU SKBK 2011

BARISAN PENTADBIR,GURU & KAKITANGAN SKBK 2011

BARISAN PENTADBIR & KAKITANGAN SOKONGAN SKBK 2011
EN. MOHD ZIN B. HAMZAH BERSAMA MURID TAHUN 6

EN. ADAM B. AHMAD BERSAMA MURID TAHUN 5

EN. YUSRI B. MOHAMED SHARIF BERSAMA MURID TAHUN 4

EN. MOHD RIZAL B SE SALAM BERSAMA MURID TAHUN 3

EN. ZUHAILI B. MOHD ZIN BERSAMA MURID TAHUN 2
CIK NORBAIZURA A/K KELING BERSAMA MURID TAHUN 1

EN. MOHD KAMIL B. YUSOF BERSAMA MURID PEMULIHAN KHAS

PN. MASLIMAH BT ABD. MAJID & PN. NORHAIDAH BT MOHD SHARIF BERSAMA MURID PRASEKOLAH

Sunday, January 9, 2011

LAICIK - SISTEM REKOD KEHADIRAN BERKOMPUTER SKBK

Pembukaan penggal persekolahan 2011 telah membawa kepada satu perubahan sistem rekod kehadiran kakitangan SKBK. Sistem yang dikenali sebagai LAICIK telah diperkenalkan oleh Guru Besar, En. Azmi Kamal b Mat Lazim bagi merekodkan kehadiran guru-guru dan kakitangan secara berkomputer bagi menggantikan sistem lama yang menggunakan buku rekod kehadiran yang perlu ditulis. Penggunaan sistem LAICIK ini hanya memerlukan pengguna menaip kata laluan setelah menekan huruf pada papan kekunci  seperti 'D-datang', 'K-keluar', 'M-masuk' dan 'B-balik'. Sistem secara automatik merekodkan masa apabila pengguna memasukkan kata laluan, uniknya, sistem ini juga menyatakan tarikh kelahiran anda setiap hari berdasarkan tahun, hari dan bulan. Pengaplikasian sistem LAICIK ini secara tidak langsung dapat mendidik kakitangan SKBK agar menghargai masa dan disiplin di dalam kerjaya.

Saturday, January 1, 2011

01 JANUARI 2011 - GOTONG-ROYONG PIBG SKBK

Membuka lembaran tahun 2011 dan bersempena cuti tahun baru ini, Persatuan Ibu Bapa & Guru SK(A) Bukit Kemandol telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi menceriakan kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat koridor sekolah, mengecat dan membersihkan kelas tahun 1, 2 dan Bilik BBM yang baru, ruang dalaman bangunan pejabat, pusat sumber, bilik BOSS,memasang kekisi dan mangga pada pintu pagar utama sekolah. Program yang bermula jam 800 pagi dan berakhir pada jam 100pm ini dihadiri oleh Tuan Guru Besar, En, Azmi Kamal, Cikgu Ayob, Cikgu Zain, Cikgu Halim, Ustazah Salinda, Cikgu Norbaizura, Cikgu Adam, Cikgu Rizal,Cikgu Kamil serta barisan AJK PIBG, En. Aziz (Pengerusi) dan belia, Pn. Norma, Pn. Nasah, Pn. Ima dan suami, En. Apok, Pn. Hidayah dan Pn. Shafinaz. Pihak sekolah mengucap ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa dan menjalankan tanggungjawab sepertimana yang dipersetujui bersama di dalam mesyuarat baru-baru ini. Semangat seperti ini yang amat digalakkan bagi mengeratkan hubungan di antara pihak sekolah dan kalangan ibu bapa. Semoga tahun baru ini bukan sahaja menceriakan suasana persekitaran sekolah, tetapi juga kepada hubungan baik ahli PIBG.

Pn.Hidayah dan Pn. Shafinaz mengecat siling Pusat Sumber

Pn. Ima mengecat laluan dinding koridor

Cikgu Zain dan En. Apok membentangkan tikar getah di bilik BBM

En. Haila mendongak mengecat siling..penat oooo...

En. Azis mengecat pintu dengan warna maroon


Pn. Nasah mengecat sisi atas koridor...silau dek mentari tengah hari...

Cikgu Baizura dan ibu, Pn. Norma mengecat bilik darjah tahun 1

En. Azis dan belia bersama mengecal kekisi bangunan utama

Pn. Norhidayah, Pn. Shafinaz dan Pn. Ima mengecat kelas darjah 1
Anak-anak turut membantu ibu mengecat dinding