Monday, December 27, 2010

27 DIS 2010 - ORIENTASI MURID PRASEKOLAH & TAHUN 1 BAGI SESI 2011

Seawal jam 8 pagi, ibu bapa sudah berada di perkarangan sekolah bagi mendaftarkan anak mereka yang berumur 6 tahun dan 7 tahun bagi kemasukan ke Prasekolah dan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2011. Taklimat ringkas diberikan oleh pihak pentadbir di Dewang Gemilang berkenaan tentang penempatan murid dan perkara yang berhubung dengan keperluan dan peralatan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Pada masa yang sama juga, ibu bapa diberi penerangan tentang dasar baru pendidikan negara berkenaan pelaksanaan Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada Januari  2011 bagi murid Tahun 1. Sebaik sesi taklimat oleh pihak pentadbir, Guru Prasekolah dan Guru Tahun 1 menjalankan sesi pendaftaran dan sedikit taklimat ringkas perjalanan kelas, waktu pengajaran dan pembelajaran serta keperluan semasa. Buat semua murid baru, pihak sekolah mengucapkan SELAMAT BELAJAR!

Cikgu Baizura menyiapkan borang yang perlu ditandatangi oleh ibu bapa

Cikgu Halim menyampaikan taklimat kepada ibu bapa

Ibu bapa yang hadir bagi mendaftarkan anak mereka

Ibu bapa mendengar dengan teliti taklimat yang diberikan oleh Pentadbir

Ibu bapa menyemak maklumat yang diberikan

Ibu bapa menunggu mengikut giliran bagi mendaftar anak mereka