Saturday, October 30, 2010

30102010-SK (A) Bukit Kemandol di dalam Utusan Malaysia

Bersempena Majlis Penyerahan Sistem X-Class pada 22 Okt 2010, satu rencana di dalam sisipan Utusan Malaysia telah diterbitkan pada 30102010. Rencana tersebut boleh di ikuti di 'link' berikut http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan Malaysia Sdn Bhd kerana menyiarkan artikel yang dapat sama-sama meningkatkan nama SK (A) Bukit Kemandol kepada pengetahuan umum. 

Keratan Utusan Online pada 30 Okt 2010

Artikel berkenaan penyerahan Sistem X-Class pada 22 Okt 2010 oleh  Syarikat 3F Resources Sdn Bhd kepada SKBK

Friday, October 22, 2010

22102010- MAJLIS PENYERAHAN SISTEM MAKMAL X-CLASS OLEH SYARIKAT 3F RESOURCES KEPADA SK BUKIT KEMANDOL

Sebuah majlis ringkas telah di adakan bagi meraikan Majlis Penyerahan Sistem X-Class oleh 3F Resources kepada SK Bukit Kemandol. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil dari PPD Klang, pihak Syarikat Galaxy yang bekerjasama dengan 3F Resources dan seorang wakil dari Utusan Malaysia Bhd. Melalui majlis ini juga, SK Bukit Kemandol secara rasminya telah menerima 20 biji komputer, peralatan, perkakasan dan perisian sistem X-Class yang akan menjadi satu medium baru PnP di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak 3F Resources, Syarikat Galaxcy, Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain-lain pihak yang meyumbangkan sistem ini di SK Bukit Kemandol. Berikut gambaran yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.

Penggunaan Sistem X-Class oleh murid
Guru Besar, En. Azmi Kamal bersama tetamu dan wakil khas jabatan dan syarikat
Sistem X-Class - pembelajaran interaktif & inovatif

Wednesday, October 20, 2010

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN SKBK 2010

Bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun, pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum telah mengadakan sebuah majlis ringkas sambutan di Dewan Cemerlang SK Bukit Kemandol pada 20.10.2010. Murid-murid telah diberi sedikit penerangan berkenaan majlis sambutan beserta aktiviti lain seperti nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa, Pantun, Tayangan slaid berkenaan sejarah Bulan Bahasa Kebangsaan, Nyanyian lagu kanak-kanak, Kisah Teladan & Tayangan Video sebuah cerita sastera klasik. Sambutan yang diadakan ini sekurang-kurangnya mendedahkan murid akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi utama, perpaduan dan bahasa ilmu pengetahuan.
Nyanyian lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa'
Cikgu Zuhaili memberi penerangan tentang tayangan filem Melayu klasik

Wednesday, October 13, 2010

KUMPULAN TARIAN SKBK DI ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2009, GOLDCOURSE, KLANG

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada bekas guru SK (Asli) Bukit Kemandol, Cikgu Faizal Lampan kerana berjaya dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009. Anugerah yang diberikan bagi mengenang jasa dan sumbang bakti beliau Klang sepanjang berkhidmat di SKBK telah dijalankan di Hotel Goldcourse, Klang pada 13 Oktober 2010. Pada masa yang sama, pihak sekolah diberi penghormatan bagi mempersembahkan tarian masyarakat Asli suku Temuan di Bukit Kemandol iaitu 'Lukah Menari'. Di bawah tunjuk ajar oleh Cikgu Yusri Mohamad Sarip & Cikgu Afidzi Nor Mohamad, dengan 13 murid telah memberikan satu persembahan yang bertenaga dan berlainan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan penghargaan terhadap sumbangan tenaga dan masa yang telah diberikan oleh Cikgu Yusri dan Cikgu Afidzi bagi menjayakan persembahan tersebut seterusnya meningkatkan nama SK (A) Bukit Kemandol di kalangan umum. Beriku adalah detik-detik yang berjaya dirakamkan sepanjang Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 Klang.

Murid SKBK, Imran berdiri di hadapan pentas utama Majlis APC 2009


Kumpulan Persembahan SKBK bergambar bersama penerima APC 2009


Kumpulan persembahan SKBK beraksi di pentas utama

En. Azmi Kamal b. Mat Lazim turut sama di Majlis APC 2009

Kumpulan Persembahan SKBK bergambar dengan urusetia & petugas majlis APC

Persiapan murid-murid di dalam bilik tidur

Saturday, October 9, 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK BUKIT KEMANDOL 2010...berpeluh & fuhhhh!

Alhamdulillah, sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri (MRTAF) SKBK 2010 berlangsung dengan ceria dan jayanya. Sambutan yang diberikan oleh seluruh penduduk kampung Bukit Kemandol amat menggalakkan bagi memeriahkan lagi suasana. Terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa & Guru SKBK kerana menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri SKBK 2010 yang merupakan acara tahunan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Hasiman Sidom ADUN Morib kerana sudi merasmikan MRTAF SKBK 2010, Yang Berbahagia En. Azis b Abdullah, Pengerusi PIBG SKBK dan tetamu-tetamu jemputan dari PPD Klang serta hadirin sekalian. Kemeriahan sama di rasa, keenakan makanan habis semua..inilah warna-warni sekitar MRTAF SKBK 2010!
Khusyuk mendengar ucapan-ucapan majlis

Persiapan di khemah utama


Acara bermula...hmm, acara makan la yer...

Penduduk kampung menunggu di khemah utama sebelum acara bermula

Penduduk kampung beratur untuk makan


Barisan guru SK Bukit Kemandol pada Majlis Rumah Terbuka Aildilfitri SKBK 2010





Friday, October 8, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK BUKIT KEMANDOL 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang cukup meriah di Negara kita. Hari Raya Aidilfiri bukan sahaja sambutan bagi mereka yang berjaya mengharungi  ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadhan, bahkan juga ia mampu memupuk   perpaduan di kalangan masyarakat kita.

Atas dasar tersebut, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK (Asli) Bukit Kemandol dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kuala Langat dan jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Kg Asli Bukit Kemandol menganjurkan Majlis Mesra Aidilfitri 2010 yang merupakan kesinambungan bagi majlis yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Program yang berkonsepkan ‘Majlis Rumah        Terbuka Sekampung’ ini diharapkan dapat        menguatkan silaturrahim di antara guru-guru dan staf sekolah beserta seluruh warga Kampung Asli Bukit Kemandol.



Thursday, October 7, 2010

Diari seminggu di SK Bukit Kemandol

Nampaknya beberapa hari lagi Majlis Rumah Terbuka SK Bukit Kemandol 2010 akan berlangsung. Antara persediaan yang setiap hari dilakukan adalah persembahan yang dikendalikan oleh Cikgu Yusri. Ini antara paparan yang dapat diberikan.







Eyah..eyah...lenggang lagi....


Lukah Menari @ Inang-inag