Monday, September 27, 2010

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN BERSAMA SKBK

Jumaat lalu (25 September 2010) berlangsung satu program yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama SK Bukit Kemandol telah diadakan dengan jayanya. Pelbagai program telah dijalankan selain booth pameran berkenaan dadah, aktiviti melibatkan penyertaan murid-murid secara langsung telah memeriahkan program yang dijalankan ini. Pihak sekolah SK (A) Bukit Kemandol mengucapkan ribuan terima kasih kepada AADK kerana telah melaksanakan aktiviti yang berguna dan berfaedah untuk pengetahuan warga SKBK. Berikut antara paparan suasana sehari AADK bersama SKBK.
Dapek banyok tu, bagi bagi yoo...



Tando ingatan buek sumo yo...


Cikgu pon dapek jugok yo..ha Cikgu Yusri, jgn makan sorg yo...ingat kawan2..hehe


Penyampaian Hadiah oleh Pegawai AADK

Persembahan Tarian Lukah Menari oleh Kumpulan Kebudayaan SK (A) Bukit Kemandol

Murid-murid SK (A) Bukit Komandol bergambar bersama pegawai-pegawai AADK

Eeeyahhhh...Cikgu Saharuddin sampai terjongket kaki nak masukkan gelung ke dalam kon ha..

apokehenyo..belon pon wat jadi bola ni...kojar-kojar laie, jatuh kang naya...
ado jugok kerosi muzik yo..ha...pusing jooo..

Apo kono eii jang..ooo, main dam gorgasi roponyo..

Papan pameran di Laluan JIK

Dah ponat-ponat 'bergelek', dapat pulok makan..sodapnyo...

Seronoknya depa ni...buek apo ni, goyang gerudi ko apo?

Apo kono Cikgu Zuhaili ni ha..terkojut bosa dio ni...


Aktiviti bermula - angkat angkat sampai terangkat lengan baju tu ha...


Murid-murid khusyuk mendengar taklimat yang diberikan oleh pegawai AADK


Ucapan oleh Guru Besar SKBK, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim


Ucapan Pegawai AADK


Pegawai-pegawai AADK yang turut hadir


En. Azmi Kamal Mat Lazim bersama Pegawai AADK - sama merah sama menyerlah!


Sesi Taklimat oleh Pegawai AADK di Dewan Cemerlang, SK Bukit Kemandol

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menduduki & Menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua murid Tahun 6 SK (A) Bukit Kemandol iaitu Adik Tan Mei Ling, Adik Ezalina, Adik Oya, Adik Norazila, Adik Suhairin & Adik Siti Najiha. Semoga kalian dapat menjawab dengan tenang dan dengan teliti dan memperoleh kejayaan yang cemerlang seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian akademik sekolah. Pihak sekolah sentiasa mendoakan akan kejayaan anda sekalian. Belajar dengan Bijak bukan dengan Kuat tetapi dengan penuh Semangat!

Saturday, September 18, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & MAJLIS HARI RAYA KELAB GURU SKBK

Salam kepada semua! Selamat kembali ke sekolah setelah hampir 2 minggu lamanya kita bercuti. Dalam 'mood' raya lagi, hari pertama persekolahan di dalam penggal baru ini, pihak Kelab Guru SKBK telah mengadakan satu majlis kecil sempena Hari Raya yang baru sahaja kita sambut dua minggu yang lalu. Kehangatan masih terasa dengan hidangan nasi himpit, lemang, lontong dan kuih muih yang memang menjadi menu wajib semasa Hari Raya. Terima kasih kepada Wak Sharif sekeluarga di dalam menyediakan menu utama, guru-guru yang membawa kuih-muih, kerepek, keropok dan Cikgu Fidzi dengan Secret Resipenya dan Cikgu Yusri dengan dadih 3 lapis lagi..apepun, pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pengerusi badan Kelab Guru kerana meraikan semua guru di majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini. Inilah gambaran sepanjang majlis berlangsung.
Kek sponsor oleh Cikgu Fizi...secret recipe k...

GB En.Azmi Kamal x pandang kamera sedap sangat makan agaknye..huhu

Geng anak dan mak dara

Cikgu Fizi & baju melayu Dafi..ke...

Cikgu Halim & the gang...Rizal, makan beringat sikit..huhu


Hmm, sodap boah ni...berselero bonar Cigu Ayob ekau

Yummy, yummy..makan..cepat jek Cikgu Yusri, Cikgu Halim & Ustazah Salinda ek

Ucapan pengerusi badan Cikgu Ayob..nasib la x lamo..


Masing-masing sabar jek menunggu majlisnya bermula..lapor dah ni...

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010!

'Berlalu la sudah Ramadhan, sebulan berpuasa, tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira...' itulah antara bait lagu yang dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Elyana (zaman depa kecik-kecik dulu) bersempena menyambut hari raya. Kami warga kerja SK (Asli) Bukit Kemandol dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri, mohon maaf zahir & batin kepada semua sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kami mengatur program dan aktiviti di sekolah ini. Sambutlah dengan keinsafan, raikan dengan keriangan dan sentiasalah di ingatan akan keselamatan sepanjang musim perayaan ini. Pada yang memandu pulang ke kampung halaman, sentiasa berwaspada di jalanan, ingat yang tersayang, yang menanti dengan penuh harapan, agar dapat menyambut lebaran ini dengan penuh bermakan. Cikgu-cikgu, jangan lupa sekolah buka 17hb nanti...
Maaf Baizura..pic ko aku xde...heheh



Friday, September 3, 2010

Majlis Penyampaian Duit Raya

Ucapan Hari Raya daripada Tuan Guru Besar

Majlis Penyampaian duit raya bermula...

Penyampaian Ucapan daripada wakil murid

Ucapan-ucapan dari guru-guru

Barisan guru-guru yang ada di pentas utama

Pengacara Majlis popular - Cikgu Mohamad Afidzi

Selepas rehat pada hari ni, pihak sekolah mengadakan majlis ringkas bagi meraikan murid-murid sempena Hari Raya yang akan tiba. Aktiviti majlis ringkas yang diacarakan oleh emce Popular, Cikgu Afidzi dimulakan dengan penyampaian ucapan daripada guru-guru dan kakitangan pentadbiran sekolah. Ayat biasa la nak raya-raya ni kan, ucapan selamat hari raya dan pohon kemaafan, standart la mana-mana tempat pon. Nampaknya xde nyanyian even lagu raya, just panggil mana-mana murid yang hendak menyampaikan ucapan. Ada yang panggil nama, tetiba nangis plak, nampak cam syahdu jek dorg ni. Majlis berakhir dengan penyampaian duit raya dari pihak sekolah kepada semua pelajar. Sementara ada juga cikgu yang menyampaikan secara persendirian. Nampaknya murid hari ni ramai plak datang, semua termasuk pra lebih dari 100 orang. Apepun, selamat bercuti dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2010.

Murid-murid siap berkumpul di dalam dewan