Monday, August 30, 2010

KEMUNCAK SAMBUTAN MERDEKA SKBK 2010

 Anak-anak Merdeka!

Alhamdulillah, akhirnya pihak sekolah berjaya melangsungkan Majlis Sambutan Kemuncak Merdeka 2010. Acara yang bermula sebaik perhimpunan pagi selesai, kemudian semua murid diberi Jalur Gemilang untuk di arak bersama-sama dan bagi sesi bergambar kemudian di bawa ke Dewan Gemilang SK Bukit Kemandol bagi tayangan video yang berkaitan dengan sejarah bagaimana negara kita merdeka. Hari ni semua guru ada bersama kecuali Cikgu Fizi dan Cikgu Yusri yang sibuk duk melatih bebudak untuk Raptai Kemerdekaan yang dibuat di Stadium Bukit Jalil. Apapun buat yang terbaik cikgu berdua, harumkan nama sekolah kita. Mana yang ada di sekolah, inilah gambaran dan corat-coret yang sempat dirakamkan. MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Guru-guru turut sama menyanyikan lagu-lagu patriotik

Nyanyian lagu-lagu patriotik

Penyampaian Hadiah kepada pemenang Kuiz Siapa Cepat

Persembahan Nyanyian 'Bahtera Merdeka' oleh adik Erin bt Atan

Ucapan Tuan Guru Besar, En.Azmi b. Kamal Mat Lazim

Tayangan Video Kemerdekaan

Murid-murid berkumpul di Dewan Gemilang

Kemeriahan Kibaran Jalur Gemilang

Penyerahan Jalur Gemilang kepada murid-murid di dataran perhimpunan



Friday, August 27, 2010

Ujian bulanan 23 & 24hb Ogos 2010

Mana yang dah siap, duk saje je kan..bukannya nak semak balik kertas soalan tu..


Hari Selasa, Rabu dan Khamis, ujian bulanan untuk penggal ke tiga persekolahan bermula. Minggu lepas cikgu-cekgi kat sekolah ni dah settelkan mana yang patut soalan-soalannya. So far P & P xde sangat, leh la rilek skit. Apapun dengan adanya cikgu baru dua orang, leh la tolong cover mana-mana kelas yang mana cikgunya ada urusan luar. Terima kasih pada Cikgu Zuhaili dan Cikgu Halimi..
Nampak rilek jek murid-murid ni jawap soalan, setengah jam pun dah settle 

Penyampaian hadiah bagi pemenang Minggu Pusat Sumber

Isnin 22hb dalam masa perhimpunan, diadakan Majlis Penyampaian Hadian  bagi Minggu Pusat Sumber yang berakhir pada minggu lepas. Murid-murid secara individu ataupun kumpulan masing-masing mendapat hadiah..yang penting kena la aktif dan terlibat dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, baru lah dapat hadiah. Nampaknya yang 'duk bolot hadiah paling banyak si Muhammad Yani murid tahun 2 dan Zulhafizal dari Tahun 3, asyik nama korang jek yang disebut..x cukup poket nak dimasukkan hadiah ye, apepun, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan teruskan usaha untuk lebih berjaya di masa akan datang.


Muhammad Yani dengan hadiahnya...bagus, bagus
Himpunan hadiah dan hamper bagi pemenang individu dan berkumpulan
Cikgu Baizura, Cikgu Maslimah dan Cikgu Zuhaili duk sibuk cari hadiah bagi setiap acara
Rekha 2,3 kali gak kuar ambik hadiah..tahiah tahniah le, bertuah Jayaraman ada anak mcm ni

Wednesday, August 25, 2010

SELAMAT DATANG

Akhirnya, Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol ada laman blognya sendiri..tapi kena ambil masa la nak update maklumat, later on, nanti saya serahkan kepada Cikgu Halim yang akan updatekan blog ni..asta la vista